Utusan Borneo (Sarawak)

Syamel & Ernie keluarkan single ‘Goodbye Hello’

-

PASANGAN selebriti yang baharu sahaja melangsung­kan perkahwina­n baru-baru ini, Syamel dan Ernie Zakri, muncul dengan single terbaharu yang romantis berjudul ‘Goodbye Hello’ terbitan Rocketfuel Entertainm­ent dengan kerjasama Faithful Music.

Menurut Syamel, ‘Goodbye Hello’ adalah hadiah terbaru daripada mereka berdua buat peminat setelah mendirikan rumah tangga.

Lagu single itu mengenai pasangan kekasih yang tidak akan berpisah selama-lamanya, di mana perkataan ‘Goodbye’ yang sering kita ucapkan ketika hendak berlalu, kemudianny­a dibalas dengan ‘Hello’, menggambar­kan kemanisan sebuah perhubunga­n yang tidak akan terlerai kerana ikatan janji yang telah termeterai.

Menurut Ernie, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) baru-baru ini, idea merakamkan single ‘Goodbye Hello’ datangnya daripada Faizal Tahir dan Mike Chan.

“Kedua-dua nama besar ini menyatakan hasrat mereka untuk berkolabor­asi dengan kami, dan menurut mereka ia hanya boleh direalisas­ikan oleh kami berdua,” katanya.

“Setelah mendengar demo yang diberikan, kami terus terpaut dengan melodi pop moden yang santai dan romantis yang dicipta, selain itu kami juga diberi ruang untuk menulis lirik bersama bagi melengkapk­an lagu tersebut.

“Ia amat berlainan dengan lagu-lagu duet kami terdahulu seperti ‘Aku Cinta’ dan ‘Takkan Terlerai’ dari segi genre, lirik dan mood yang memerlukan penghayata­n lebih berat, manakala dengan ‘Goodbye Hello’ pula ia membangkit­kan perasaan indah dan ceria buat pasangan kekasih atau suami isteri,” tambah Ernie.

Proses pembikinan single ‘Goodbye Hello’ yang memakan masa selama dua hari untuk disiapkan telah berlangsun­g ketika negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ernie menambah, “Proses penghasila­n single tersebut berlangsun­g tiga hari sebelum mereka bernikah. Jadi bayangkanl­ah betapa bergegasny­a kami mengejar masa, akan tetapi semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulil­lah.

“Selain itu, rezeki turut menyebelah­i kami apabila Syamel dan saya dipelawa untuk membintang­i drama komedi bersiri 13 episod bertajuk ‘Kalau Dah Berbini’ yang akan ditayangka­n pada bulan Ramadan ini di saluran Astro Warna,” katanya.

Ujar Syamel, “Kami berharap agar peminat dapat menerima single ‘Goodbye Hello’ dengan baik kerana ia bukanlah lagu ‘power ballad’ yang pernah kami bawakan sebelum ini, semoga semua berasa gembira dan terawang-awang mendengarn­ya.”

Lagu ‘Goodbye Hello’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

 ??  ?? SINGLE BAHARU: Pengantin baharu Syamel dan Ernie Zakri muncul dengan single romantis ‘Goodbye Hello’ terbitan Rocketfuel Entertainm­ent dengan kerjasama Faithful Music.
SINGLE BAHARU: Pengantin baharu Syamel dan Ernie Zakri muncul dengan single romantis ‘Goodbye Hello’ terbitan Rocketfuel Entertainm­ent dengan kerjasama Faithful Music.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia