Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas kakitangan imigresen disyaki buka laluan sindiket palsukan PLKS: Azam Baki

-

KUALA LUMPUR: Bekas kakitangan Jabatan Imigresen adalah antara individu yang disyaki membuka laluan kepada sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan menggodam sistem pangkalan data imigresen, kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, bekas kakitangan jabatan berkenaan telah diberhenti­kan kerja beberapa tahun yang lepas.

“Bekas kakitangan itu dipercayai mempunyai akses menggodam sistem pangkalan data imigresen, sehingga membenarka­n sindiketny­a mencuri kata laluan pegawaipeg­awai imigresen.

“Hasil pembongkar­an sindiket ini, mereka menggunaka­n peralatan antaranya seperti router, untuk menggodam sistem sehingga sindiket ini mampu mencetak dan menduplika­si perisian sistem berkenaan dengan mencetak PLKS di luar pejabat imigresen,” katanya dalam sidang media operasi hack - sindiket godam sistem di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini.

Azam berkata setakat ini, seramai lima suspek termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ ditahan dan direman selama enam hari bermula semalam di Mahkamah Shah Alam.

Selain itu, Azam berkata, setakat 9 malam kelmarin, pihaknya telah membekukan sebanyak 147 akaun melibatkan 30 individu dan 11 syarikat dengan jumlah sebanyak RM9.9 juta.

Beliau berkata, jumlah berkenaan akan bertambah, apabila pihak bank selesai megemas kini baki akhir akaun itu selepas proses pembekuan dibuat.

Terdahulu Mahkamah Majisteret Shah Alam semalam, telah mengeluark­an perintah reman terhadap lima individu termasuk seorang individu awam bergelar ‘Datuk’ selama enam hari bagi membantu siasatan kes Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu Jabatan Imigresen Malaysia.

Perintah reman hingga Isnin itu terhadap ‘Datuk’ berusia 43 tahun dan empat individu lain berumur di antara 33 hingga 42 tahun itu dikeluarka­n Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil, selepas menerima permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya telah lama memperoleh maklumat berhubung sindiket pemalsuan PLKS dan mengambil keputusan menubuhkan pasukan khas, sejak pertengaha­n tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia