Utusan Borneo (Sarawak)

Lima unit kediaman di Pondok Pasir Tumboh terbakar

-

KOTA BHARU: Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah atau lebih dikenali dengan Pondok Pasir Tumboh di sini, musnah dalam kebakaran kirakira jam 2.30 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh El Taraff Mohd Zachariah berkata, lima pelajar yang berada di unit kediaman itu sempat menyelamat­kan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.43 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian sebelum berjaya memadam kebakaran pada 4.20 pagi.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Unit Forensik Bomba juga telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam. Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui Mohd Danish Adnan, 14, berkata ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian di bilik air berhampira­n kediamanny­a.

Katanya, sebaik kembali ke pondok yang didudukiny­a, dia mendapati unit kediamanny­a sudah terbakar manakala rakan-rakan yang lain sudah keluar menyelamat­kan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia