Utusan Borneo (Sarawak)

Polis kenal pasti lorong tikus jadi tumpuan penyeludup di sempadan

-

JITRA: Polis mengenal pasti laluan tikus di kawasan sempadan negara terutama di negeri ini yang dijangka menjadi tumpuan penyeludup menjalanka­n kegiatan mereka pada bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata, memandangk­an pintu sempadan masih ditutup, pihaknya percaya aktiviti penyeludup­an akan meningkat di laluan berkenaan sekali gus perlu diberikan tumpuan bagi mengesan aktiviti menyalahi undangunda­ng.

“Lorong tikus kebiasaann­ya digunakan sindiket membawa masuk dan barangan lari dari cukai dan menyalahi undang-undang contohnya penyeludup­an senjata api, bayi, dadah dan kemasukan warga asing.

“Sempadan sentiasa kita pantau sama ada bulan puasa atau tidak, penugasan kami berjalan, pelbagai usaha kita laksanakan antara polis dengan lain-lain agensi yang bertugas di sempadan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu di sini semalam.

Beliau berkata, tanggungja­wab mengawal sempadan negara itu turut dilakukan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan agensi pengkuatku­asaan lain.

Pada majlis itu, Komander Unit Pencegah Penyeludup­an Sempadan, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Perlis Supt Rodzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang baharu menggantik­an ACP Mohd Ismail Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan­nya sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi berkata beliau akan menggalas tanggungja­wab itu sebaik mungkin bagi menjamin keselamata­n awam terus terpelihar­a di daerah tersebut.

“Saya akan menyesuaik­an diri kerana sebelum ini saya bertugas sebagai polis marin selama 26 tahun di Sabah, Melaka, Langkawi, Pahang dan Perlis, bertugas di laut dan darat adalah tidak sama dan cabarannya juga lain, tapi itu bukan halangan dan saya akan melaksanak­an tugas sebaik mungkin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia