Utusan Borneo (Sarawak)

WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin setakat ini

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukka­n lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.

Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR)

Dr. Babatunde Olowokure berkata walaupun mereka memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelanconga­n antarabang­sa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehka­n pengenalan pasport vaksin.

“Pendirian WHO ketika ini ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak boleh memperkena­lkan satu bentuk bukti vaksinasi

COVID-19 untuk perjalanan antarabang­sa sebagai syarat bagi pelepasan atau ketibaan (sesebuah negara). Bekalan global yang terhad adalah faktornya. Vaksinasi pilihan bagi pelancong boleh menyebabka­n bekalan vaksin yang menyusut bagi mereka yang dianggap berisiko,” tambahnya.

Beliau berkata, kekurangan data mengenai sama ada vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan koronaviru­s juga merupakan satu lagi faktor yang menolak pengenalan pasport vaksin.

Olowokure juga memberi amaran terhadap ‘optimisme vaksin’, dengan mengatakan bahawa langkah-langkah kesihatan awam seperti penggunaan pelitup muka dan kebersihan tangan masih harus diteruskan walaupun sudah ada vaksinasi.

Beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbangk­an keperluan bukti vaksinasi bagi pelancong, dan beberapa hospital swasta di Malaysia dilihat menyokong idea ini bulan lepas, dengan mengatakan bahawa pasport vaksin akan membantu pemulihan industri pelanconga­n perubatan di sini.

WHO-WPR juga mengumumka­n rancangan untuk membangunk­an jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun, dan Australia, bagi menyediaka­n penjujukan genom virus untuk negara-negara yang tidak memiliki kemampuan berbuat demikian.

Pengarah wilayah WHOWPR Dr. Takeshi Kasai berkata dengan jaringan pengawasan itu, ia akan membantu mereka mengesan varian baharu dan terkini COVID19, di samping penyakit yang baharu muncul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia