Utusan Borneo (Sarawak)

Dua anggota URB bongkar sindiket dadah dinaikkan pangkat

-

NIBONG TEBAL: Dua anggotaUni­t Rondaan Bermotosik­al (URB) yang berjaya menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM18.43 juta pada Februari lepas di Juru, dekat sini dinaikkan pangkat secara khas ke jawatan sarjan.

Simon Pasang Anak Kana, 33, dan Muhamad Shahilmi Shahadan, 30, sebelum ini berpangkat koperal serta bertugas di URB Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Muhamad Shahilmi berkata, kenaikan pangkat itu bukan sahaja pembakar semangat kepada beliau malah anggota lain juga untuk terus berkhidmat dan dapat memberikan perkhidmat­an terbaik dan berintegri­ti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Masa mula-mula dimaklumka­n mengenai kenaikan pangkat (ke sarjan) memang sangat terkejut dan saya bersyukur diberikan peluang untuk kenaikan itu, rezeki untuk isteri dan tiga anak lelaki saya... kalau ikutkan saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi untuk ke jawatan tersebut.

“Saya berharap dengan kenaikan pangkat ini akan terus menyuntik semangat bekerja dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat yang disempurna­kan oleh Pengarah Pencegahan Jenayah dan Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim di sini semalam.

Simon Pasang pula berkata, beliau dan Mu ham mad Shahil mi berkhidmat dalam P DR M sejak 10 tahun lepas serta kejadian pembongkar­an sindiket pengedaran dadah itu merupakan kenangan manis kepadanya malah tidak menyangka akan menerima kenaikan pangkat sarjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia