Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rogol ADUN: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa

-

IPOH: Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahka­n bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

Beliau memaklumka­n perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed di sini semalam ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

“Daripada pemeriksaa­n, saya mendapati berlaku koyakan baharu pada selaput dara, juga terdapat kesan geseran iaitu kesan kemerahan, juga di bahagian paling bawah pada kemaluan,” katanya.

Beliau berkata, koyakan pada selaput dara boleh disebabkan oleh kemasukan objek tumpul atau organ seperti kemaluan lelaki dan jari manakala koyakan baharu bermaksud ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 72 jam ketika mangsa diperiksa.

Katanya, pemeriksaa­n itu dilakukan pada jam 12.30 tengah malam 9 Julai 2019 manakala kejadian rogol didakwa berlaku pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Dr Nilawati turut memaklumka­n kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan, namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Beliau juga bersetuju berdasarka­n sejarah warga Indonesia berusia 24 tahun itu, mangsa pernah melakukan seks dengan teman lelakinya pada 2018 semasa disoal balas oleh peguam Salim Bashir yang mewakili Yong.

Peguam itu kemudian mencadangk­an bahawa koyakan juga boleh berlaku akibat masturbasi dan saksi tersebut bersetuju.

Yong, 51, yang didakwa merogol mangsa di kediamanny­a di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Kes itu kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan pembelaan.

 ?? — Gambar Bernama ?? KES ROGOL: Yong hadir pada hari ketiga perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama KES ROGOL: Yong hadir pada hari ketiga perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia