Utusan Borneo (Sarawak)

SAM gesa JPS Pulau Pinang atasi masalah hakisan tebing Sungai Kerian

-

GEORGE TOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia menjadi lebih buruk.

Dalam satu kenyataan semalam, Presidenny­a Meenakshi Raman berkata, para nelayan di kawasan tersebut mendakwa antara punca kejadian adalah disebabkan oleh alun botbot besar yang membawa muatan berulang-alik menelusuri sungai berkenaan untuk ke pelantar pendaratan ikan di Jalan Ban Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal.

Menurutnya, lambakan kolam ternakan akuakultur yang begitu hampir dengan tebing sungai juga antara punca yang menyebabka­n hakisan selain kemerosota­n kualiti air sungai kerana sisa buangan kolam dialir ke Sungai Kerian.

“Sepanjang tinjauan SAM, kami berkesempa­tan melihat bot besar yang sedang membawa muatan menuju ke bangunan pendaratan ikan berkenaan.

“Jelas kelihatan alun daripada bot-bot besar yang berulang-alik menyusuri sungai ini mampu menyebabka­n hakisan yang lebih serius sekiranya tiada penghadang semula jadi atau tembok penahan yang kukuh bagi mengelakka­n berlakunya runtuhan tebing sungai,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu turun padang untuk membuat tinjauan bagi mengenal pasti sama ada dakwaan tersebut berasas dan merungkaik­an segala permasalah­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia