Utusan Borneo (Sarawak)

Nama Stadium Maracana dikekalkan

Cadangan untuk menukar kepada nama legenda Brazil, Pele bangkitkan kontrovers­i

-

RIO DE JANEIRO: Ahli perundanga­n negeri Rio de Janeiro, pada Selasa menarik balik pelan untuk menamakan semula Stadium Maracana kepada nama bintang bola sepak legenda dunia, Pele, selepas cadangan itu membangkit­kan kontrovers­i.

Dalam satu langkah luar biasa, speaker perundanga­n negeri, Andre Ceciliano, yang juga menaja usul itu, meminta gabenor sementara Rio, Claudio Castro untuk membatal usul berbanding menandatan­gani pengesahan­nya.

Selepas ahli parlimen mengundi pada 9 Mac untuk mengubah nama rasmi stadium kepada “Edson Arantes do Nascimento – Rei Pele” untuk menghargai sumbangan pemenang tiga trofi Piala Dunia dari Brazil itu, pengkritik mempersoal­kan kenapa mereka menghabisk­an masa untuk perkara seperti itu ketika negara dilanda krisis kesihatan dengan Brazil adalah antara negara terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

“Hasrat saya ialah untuk memberikan penghargaa­n kepada raja bola sepak, pemain terbaik sepanjang zaman. Tetapi (stadium) Maracana akan sentiasa digelar Maracana,” kata Ceciliano dari Parti Pekerja (PT) berhaluan kiri.

Ada juga perbalahan tentang nasib nama semasa stadium, “Jornalista Mario Filho,” untuk seorang wartawan Brazil dan penulis sukan yang mendapat penghargaa­n kerana membantu mem

“Hasrat saya ialah untuk memberikan penghargaa­n kepada raja bola sepak, pemain terbaik sepanjang zaman. Tetapi (stadium) Maracana akan sentiasa digelar ” Maracana. Ceciliano Parti Pekerja (PT) berhaluan kiri

berikan bola sepak menjadi seperti satu agama di negara itu.

Usul mengekalka­n nama Filho untuk kompleks sukan mengelilin­gi stadium, yang turut termasuk venue untuk sukan gimnastik dan olahraga.

Tetapi keluarga Filho dan mereka yang mengagumin­ya tidak mahukan pertukaran nama itu.

Stadium Maracana, yang mengambil nama tidak rasmi dari kawasan kejiranan di sekeliling­nya, menjadi venue untuk perlawanan bersejarah termasuk final Piala Dunia 1950 dan 2014 dan juga venue untuk upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2016.

Ia juga stadium tuan rumah untuk dua kelab bola sepak tempatan, Flumeninse dan juara bertahan, Flamengo.

Tetapi stadium dengan 78,000 tempat duduk itu juga diselubung­i trauma untuk rakyat Brazil.

Ia dibuka pada 1950 untuk Piala Dunia, dengan Brazil tewas 1-2 di final kepada Uruguay – satu perlawanan yang masih diingati sebagai “Maracanaco”, yang diterjemah­kan sebagai “pukulan maut Maracana.”

Pele mendapat penghargaa­n kerana mengembali­kan maruah bola sepak Brazil.

Sekarang, pada usia 80 tahun, Pele jarang tampil di khalayak ramai. Beliau tidak terlibat dalam usaha untuk mengubah nama stadium itu.

 ?? — Gambar AFP ?? TERSERGAM: Gambar fail ini menunjukka­n pemandanga­n dari udara Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil.
— Gambar AFP TERSERGAM: Gambar fail ini menunjukka­n pemandanga­n dari udara Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia