Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet angkat berat wanita Sabah catat rekod baharu kebangsaan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Tiga atlet angkat berat wanita Sabah, Nelcy Tunik, Elly Cascandra dan Marceeta Marlyn Marcus mencatat rekod baru kebangsaan di Melaka kelmarin.

Ketiga-tigaatleti­tumewakili Majlis Sukan Negara (MSN) pada Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021 dan Kejohanan Dalaman Pemilihan Atlet Ke Sukan SEA 2021, Vietnam yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka, 6-9 April.

Elly mencatat rekod baru kategori 55kg dengan angkatan keseluruha­n 175kg selepas melakukan angkatan 80kg dalam acara snatch dan 90kg acara clean & jerk (jerk).

Nelcy mencatat rekod baru kebangsaan kategori 49kg dengan angkatan keseluruha­n 151kg menerusi 65kg angkatan snatch dan 86kg angkatan c&j.

Marceeta pula mencatat rekod baru kebangsaan kategori 59kg dengan angkatan keseluruha­n 188kg selepas melakukan 81kg angkatan snatch dan 107kg angkatan c&j.

Ketiga-tiga atlet wanita Sabah itu juga menjauarai kategori masing-masing.

Seorang lagi atlet Sabah, Kevdylan Wong yang melanjutka­n pelajaran di Johor turut bertanding dalam kategori 67kg lelaki dan berjaya menduduki tempat kedua dengan angkatan keseluruha­n 260kg (110kg snatch, 150kg c&j).

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA), Philip Gisan ketika memaklumka­n perkara itu kelmarin berharap, pencapaian tiga atlet wanita Sabah membolehka­n mereka tersenarai dalam skuad negara ke Sukan SEA 201 Vietnam.

"Sebenarnya Elly, Nelcy dan Marceeta memang sudah dalam senarai awal skuad negara. Bagaimanap­un Jawatankua­sa PemilihanP­ABM(Persekutua­n Angkat Berat Malaysia) dan MSN akan bersidang selepas kejohanan ini untuk menetapkan kelayakan ke Sukan SEA Vietnam 2021.

"Harap-harap mereka layak untuk disenaraik­an," kata Philip.

 ??  ?? TERBAIK: Atlet angkat berat Sabah yang bertanding di Melaka bersama jurulatih angkat berat pelapis kebangsaan, Nicholas Wong (tengah) yang juga bekas atlet Sabah.
TERBAIK: Atlet angkat berat Sabah yang bertanding di Melaka bersama jurulatih angkat berat pelapis kebangsaan, Nicholas Wong (tengah) yang juga bekas atlet Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia