Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid atasi Liverpool 3-1 pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara

-

MADRID: Vinicius Junior menjaringk­an dua gol ketika Real Madrid menghukum Liverpool kerana banyak kesilapan di benteng pertahanan untuk kemenangan 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada Selasa.

Vinicius dan Marco Asensio mengambil sepenuh kesempatan dalam separuh masa pertama selepas benteng pertahanan baharu Liverpool gagal mengawal pergerakan mereka untuk gol pembukaan pada minit ke-27 oleh Vinicius.

Asensio menambah jaringan pada minit ke-36 untuk meletakkan Real selesa 2-0 pada masa rehat.

Mohamed Salah merapatkan kedudukan buat Real pada minit ke-51 dengan gol di tempat lawan itu dilihat sangat penting untuk Liverpool

menjelang perlawanan kedua di Anfield minggu hadapan.

Namun tanpa penonton dan rekod buruk di Anfield, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tahu pasukannya harus melakukan yang terbaik untuk mengelak pasukannya hanya akan bersaing untuk empat tangga teratas liga pada baki musim ini.

“Kami tidak bermain dengan cukup bagus, ia adalah kerisauan pertama saya,” kata Klopp. “Kami tidak selayaknya menang malam ini tetapi berita baik di sini ialah kami mempunyai satu lagi perlawanan.

“Kami akan bersaing, 1-3 tidak bagus tetapi kami masih mempunyai peluang.”

Sebelum itu, Real akan menentang Barcelona dalam pertemuan ‘El Clasico’ pada Sabtu dan keputusan ini, kemenangan kelima berturuttu­rut, seharusnya menjadi satu lagi perangsang moral untuk mengharung­i saingan penting dalam memburu kejuaraan La Liga Sepanyol.

“Tiada apa yang hampir, tiada apa yang sudah dimenangi,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Real beraksi tanpa Sergio Ramos, yang hanya menonton dari tempat duduk penonton sementara Raphael Varane diuji positif COVID19 pada pagi Selasa, bermakna kedua-dua pasukan menurunkan barisan pertahanan baharu.

Liverpool kelihatan terperangk­ap ketika cuba menyamai rentak Real dan memperlaha­nkan permainan untuk mencari rentak.

Namun strategi itu tidak berhasil walaupun keduadua pasukan mempunyai peluang awal dengan cubaan Luka Modric sedikit tersasar dari luar kotak penalti untuk Real dan rembatan Trent Alexander-Arnold mudah ditewaskan Ferland Mendy dengan hantaran lintang beliau gagal ditanduk kemas Vinicius.

Toni Kroos membantu Real memecah kebuntuan apabila umpanannya disempurna­kan Vinicius untuk gol pembukaan pada minit ke-27 sebelum Asensio, yang juga menerima umpanan awal Kroos, menjaringk­an gol solo untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-36.

Liverpool meningkatk­an rentak selepas rehat dan berjaya merapatkan kedudukan lima minit selepas itu melalui jaringan Salah dengan menolak bola masuk ke pintu gol.

Untuk seketika, permainan kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan mampu menambah jaringan tetapi ketika Liverpool mengintai gol penyamaan, Vinicius menjaringk­an gol kedua dari umpanan Modric.

Real Madrid bertahan sehingga ke wisel penamat untuk kelebihan dua gol menjelang perlawanan kedua di Anfield minggu hadapan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Dortmund di Stadium Etihad.
— Gambar AFP TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Dortmund di Stadium Etihad.
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Real Madrid dan Liverpool di Stadium Alfredo di Stefano di Valdebebas, Madrid.
— Gambar AFP RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Real Madrid dan Liverpool di Stadium Alfredo di Stefano di Valdebebas, Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia