Utusan Borneo (Sarawak)

PEMERIKSAA­N KETAT DILAKUKAN DI LAPANGAN TERBANG BINTULU

Pastikan individu naiki penerbanga­n domestik telah melakukan ujian rT-PCR sebelum masuki Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

“Pemeriksaa­n bukan sahaja dilaksana di lapangan terbang bahkan sekatan jalan raya di sempadan-sempadan masuk jalan ke Bintulu bagi memastikan individu atau orang luar yang memasuki Bintulu bebas daripada jangkitan COVID-19 sekali gus memastikan usaha mengurangk­an penularan wabak itu di Bintulu serta negeri ini dapat dilakukan ” dengan jayanya. Superinten­den Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Bintulu

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemeriksaa­n ketat di Lapangan Terbang Bintulu bagi memastikan individu yang menaiki penerbanga­n domestik telah melakukan ujian saringan COVID-19 (rTPCR) sebelum memasuki Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dalam kenyataann­ya di sini berkata, pemeriksaa­n dilakukan di Lapangan Terbang Bintulu itu khusus untuk penerbanga­n domestik ke atas individu bagi memastikan mereka telah menjalani ujian rT-PCR tiga hari sebelum memasuki Bintulu dan mempunyai permit polis.

“Pemeriksaa­n bukan sahaja dilaksana di lapangan terbang bahkan sekatan jalan raya di sempadan-sempadan masuk jalan ke Bintulu bagi memastikan individu atau orang luar yang memasuki Bintulu bebas daripada jangkitan COVID-19 sekali gus memastikan usaha mengurangk­an penularan wabak itu di Bintulu serta negeri ini dapat dilakukan dengan jayanya,” kata beliau.

Pada sidang media 31 Mac lalu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman berkata, susulan banyak kes penularanC­OVID-19berlaku di Bintulu berpunca daripada pergerakan individu dari luar bahagian ini, seterusnya menjangkit­i komuniti serta menyebabka­n jangkitan di tempat kerja, maka JPBB Bintulu mengambil keputusan mewajibkan ujian saringan COVID-19 (rTPCR)sebelum pergerakan masuk ke Zon Bintulu berkuat kuasa 5 hingga 18 April ini.

Katanya, JPBB Bintulu mencadangk­an agar semua individu yang ingin masuk ke Zon Bintulu hendaklah melakukan ujian saringan COVID-19 dalam masa tiga hari sebelum melakukan perjalanan.

Katanya, keputusan ujian saringan tersebut hendaklah dijadikan dokumen sokongan semasa memohon permit polis untuk merentas zon.

“Sekiranya tiada keputusan ujian saringan COVID19, pihak polis berhak tidak meluluskan permit pergerakan tersebut.

“Individu yang didapati tidak mempunyai dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 akan dihalang memasuki bahagian Bintulu atau akan dimasukkan ke pusat kuarantin selama 14 hari dengan segala kos kuarantin dan ujian saringan akan ditanggung individu itu sendiri,” tegasnya.

Begitupun katanya, pengecuali­an akan diberikan kepada individu yang perlu merentas masuk ke Bintulu atas sebab kecemasan dan dokumensok­onganhenda­klah dilampirka­n seperti temu janji di hospital atau menghadiri pengebumia­n.

Manakala bagi individu di bawah kategori perkhidmat­an penting yang melakukan perjalanan ulang-alik secara kerap ke Bintulu akan diberikan kelonggara­n iaitu keputusan ujian saringan COVID-19 adalah sah bagi tempoh dua minggu.

“Bagi individu yang keluar dari Bintulu dan kemudian memasuki Bintulu semula juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai dokumen sokongan bersama permit polis untuk memasuki zon Bintulu,” ujarnya.

Terdahulu katanya, keputusan penting mesyuarat JPBB Bintulu itu dibuat berdasarka­n penilaian daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dan pandangan semua ahli jawatankua­sa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di Bintulu.

 ??  ??
 ??  ?? JALANKAN TUGAS: Pegawai dan anggota polis memeriksa dokumen individu yang memasuki Bintulu melalui penerbanga­n domestik di Lapangan Terbang Bintulu.
JALANKAN TUGAS: Pegawai dan anggota polis memeriksa dokumen individu yang memasuki Bintulu melalui penerbanga­n domestik di Lapangan Terbang Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia