Utusan Borneo (Sarawak)

Data lebih 530 juta pengguna Facebook ‘dicuri’

Sebelum September 2019, tidak termasuk maklumat kewangan, kesihatan atau kata laluan

-

WASHINGTON: Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih 530 juta penggunany­a ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019, lapor Sputnik.

“Pada 3 April, Business Insider menerbitka­n laporan menyatakan maklumat daripada lebih 530 juta pengguna Facebook, didedahkan menerusi sebuah pangkalan data terbuka.

“Kami mempunyai pasukan yang dikhaskan untuk menangani isu seperti ini dan faham terhadap kesan yang bakal dialami oleh mereka yang menggunaka­n perkhidmat­an kami.

“Penting untuk difahami bahawa pelaku yang berniat jahat ini memperoleh data bukan menerusi tindakan menggodam sistem, sebaliknya mencurinya daripada platform kami sebelum September 2019,” kata Facebook menerusi satu kenyataan kelmarin.

Facebook berkata, mereka percaya data terbabit dicuri atau ‘dikikis’ menggunaka­n platform import kenalan.

“Sebaik kami mengetahui bagaimana pelaku menggunaka­n ciri ini pada 2019, kami membuat perubahan kepada platform import kenalan itu.

“Dalam kes ini, kami mengemas kini platform itu bagi mengelak anasir jahat menggunaka­n perisian ini untuk meniru aplikasi kami dan memuat naik sejumlah set nombor telefon untuk melihat nombor mana yang sepadan dengan nombor pengguna kami.

“Menerusi fungsi sebelum ini, pelaku boleh meminta mendapatka­n sejumlah set profil pengguna dan mendapatka­n maklumat pengguna terbabit termasuk profil umum,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanap­un, Facebook menegaskan, maklumat yang terdedah tidak termasuk maklumat kewangan, kesihatan atau kata laluan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LOGO: Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019.
— Gambar AFP LOGO: Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia