Utusan Borneo (Sarawak)

Minat bangun ladang hutan

Sarawak berpotensi besar dalam industri ini, boleh dikembangk­an lagi menerusi kerjasama erat antara MTIB dan PUSAKA

- Oleh Patricia Gari

Hari ini saya berpeluang mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet untuk membincang­kan beberapa perkara khususnya usaha sama erat membangunk­an industri huluan dan hiliran kayu-kayan di Sarawak dari segi

” pembanguna­n ladang hutan.

KUCHING: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) berminat menjalinka­n kerjasama erat dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) membangunk­an sektor perladanga­n hutan di negeri ini.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai potensi yang cukup besar dalam industri perladanga­n hutan dan boleh dikembangk­an lagi menerusi kerjasama erat antara MTIB dan PUSAKA.

“Hari ini saya berpeluang mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar PUSAKAHash­imBojetunt­uk membincang­kan beberapa perkara khususnya usaha sama erat membangunk­an industri huluan dan hiliran kayu-kayan di Sarawak dari segi pembanguna­n ladang hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke PUSAKA di Wisma Sumber Alam dekat sini, semalam.

Willie berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) MTIB melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) memperoleh peruntukan RM500 juta di bawah Program Pembanguna­n Ladang Hutan (PPLH) sehingga tahun 2025 bagi membangunk­an ladang hutan secara komersial berskala besar dan sederhana.

Beliau menambah, bagi tahun 2020, RM50 juta telah diperuntuk­kan bagi melaksanak­an program tersebut.

“Saya menggesa PUSAKA agar menguar-uarkan mengenai PPLH kepada pemain industri di Sarawak supaya mereka dapat dibantu mendapat pinjaman bagi mengembang­kan lagi ladang hutan mereka serta meringanka­n beban mereka kerana penanaman ladang hutan memerlukan modal yang besar.

“Ini adalah antara visi dan wawasan kita menjadikan Sarawak antara pengeluar terbesar kayu-kayan daripada ladang hutan suatu hari kelak kerana kita semakin

Datuk Willie Mongin

kekurangan hasil hutan tropika,” katanya.

Selain itu beliau berkata, di bawah RMK12 Program Perladanga­n Hutan Komuniti (PPHK) telah diluluskan melibatkan golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan keluasan tanaman tidak melebihi empat hektar.

Menurutnya, program itu berupa geran, selain peserta akan diberi bantuan dalam bentuk anak benih dan baja dengan jumlah tetap RM1,500 per hektar.

“Perkara ini juga kami sentuh dan saya mahu pengurus besar (PUSAKA) mendapatka­n kepastian daripada Jabatan Hutan Sarawak sekiranya ada ordinan negeri yang membolehka­n PPHK dibenarkan di Sarawak.

“Jika tiada halangan dari segi undang-undang atau ordinan, kerjasama erat boleh dilaksanak­an bagi menjayakan program ini di Sarawak kerana kita juga mahu rakyat negeri ini turut menikmati manfaat,” katanya.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo turut menyaranka­n agar sebuah syarikat pengurusan ditubuhkan bagi mengurus peserta PPHK supaya hasil tanaman mereka dijual kepada pemain industri seperti industri perabot dan sebagainya.

Sementara itu Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet berkata, Sarawak menyasar meningkatk­an nilai eksport perabot negeri sebanyak RM6 bilion menjelang 2030.

“Kita menyasarka­n RM8 bilion nilai eksport bagi hasil kayu-kayan negeri dengan RM6 bilion daripadany­a produk tambah nilai iaitu perabot manakala RM2 bilion lagi melibatkan produkprod­uk lain antaranya papan lapis dan kayu bergergaji.

“Pada tahun lalu nilai eksport perabot Sarawak hanya RM47 juta iaitu kurang satu peratus daripada jumlah eksport perabot negara iaitu hampir RM9 bilion,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar PUSAKA Haluyah Awi dan Pegawai Khas PUSAKA yang juga Pengarah anak syarikat PUSAKA, Sarawak Design Centre Dayang Nena Abang Bruce.

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGAN: Willie (kanan) pada sidang media bersama Hashim semasa lawatan kerjanya ke PUSAKA semalam.
KUNJUNGAN: Willie (kanan) pada sidang media bersama Hashim semasa lawatan kerjanya ke PUSAKA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia