Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki ditemui dengan kesan luka di dada

-

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui dengan kesan luka di bahagian dada di sebuah apartmen di Taman Pandan Indah di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas katil di dalam bilik tidur apartmen berkenaan kira-kira jam 2.00 petang.

Beliau berkata, pada mulanya polis menerima maklumat daripada seseorang yang memaklumka­n bahawa seorang ahli keluargany­a didapati tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

“Pemeriksaa­n awal terhadap mayat menemukan kesan luka di bahagian dada, dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia