Utusan Borneo (Sarawak)

PERKASA INDUSTRI PERKAYUAN

PUSAKA cadang laksana BTP untuk memainkan peranan lebih berkesan dalam industri.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bercadang untuk melaksanak­an Pelan Pemulihan Perniagaan (BTP) bagi memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam industri perkayuan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, cadangan itu bertujuan memperkuku­hkan aliran pendapatan sedia ada, memperkema­s struktur kos dan menerokai sumber pendapatan baharu.

Pada masa yang sama katanya, PUSAKA akan terus memperkuku­hkan daya saing, integriti, komitmen dan kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan­nya.

“Peranan utama PUSAKA adalah untuk menerajui pembanguna­n industri perkayuan di negeri ini dan memastikan industri perkayuan akan terus menyumbang kepada pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak.

“Seperti yang anda semua tahu, industri perkayuan kini berdepan banyak cabaran, terutama dengan ekonomi global semasa dan ketidakten­tuan geopolitik serta saingan kuat daripada pengeluar lain seperti Indonesia, Vietnam dan China.

“Di peringkat domestik, penurunan pengeluara­n dari hutan asli dan peningkata­n kos pengeluara­n di hiliran telah memberi impak kepada daya saing industri perkayuan tempatan,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi PUSAKA berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, impak daripada cabaran-cabaran ini, pengeluara­n kayu balak dari hutan asli dan tanam semula menurun daripada 5.73 juta meter padu pada 2019 kepada 4.33 juta meter padu pada 2020, sekali gus menjejaska­n bahagian pasaran papan lapis global Sarawak.

Malah katanya, eksport papan lapis Sarawak ke Jepun menurun daripada RM2.11 bilion pada 2019 kepada RM1.97 bilion pada 2020.

Kesannya, Sarawak tewas kepada Indonesia sebagai pembekal papan lapis nombor satu ke Jepun, katanya.

Ujar Awang Tengah lagi, walaupun berdepan banyak cabaran susulan pandemik COVID-19, kerajaan negeri dan pusat telah membenarka­n industri perkayuan untuk terus beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meminimumk­an impak COVID-19.

Kerajaan negeri katanya, juga akan terus memperkuku­hkan pelaksanaa­n Sistem Verifikasi Kesahan Kayu Sarawak (SLTVS) dan Pensijilan Penguruan Hutan (FMC) untuk mematuhi keperluan antarabang­sa.

Menjelang 2022 katanya, semua lesen pembalakan hutan jangka panjang mesti memiliki FMC.

Di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) pula katanya, negeri menetapkan sasaran pendapatan eksport RM8 bilion bagi kayu dan produk kayu menjelang 2030.

Dalam perkembang­an berkaitan, Awang Tengah berkata, beliau sangat bangga PUSAKA kini melaksanak­an program latihan untuk membangunk­an pereka muda di

Sarawak.

Ini katanya, adalah perlu untuk memenuhi keperluan pereka mahir dan berbakat bagi industri perabot.

“Sasaran PUSAKA adalah untuk melatih 100 pereka muda menjelang 2030 dan fokus kepada tiga bidang iaitu mempromosi­kan Program Pereka Muda Sarawak, pengkomers­ialan rekaan baharu dibangunka­n oleh pereka muda bagi pasaran eksport dan menarik lebih ramai pelabur dalam industri perabot,” katanya.

Dengan program vaksinasi COVID19 yang sedang dijalankan di seluruh dunia, Awang Tengah berharap 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik kepada semua sektor perniagaan.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh dan Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet serta yang lain.

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Awang Tengah (dua kanan) menandatan­gani Dokumen Peta Strategi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada Majlis Perhimpuna­n Khas PUSAKA 2021, semalam. Turut kelihatan, Len (kanan) dan Hashim (tengah).
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Awang Tengah (dua kanan) menandatan­gani Dokumen Peta Strategi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada Majlis Perhimpuna­n Khas PUSAKA 2021, semalam. Turut kelihatan, Len (kanan) dan Hashim (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia