Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Dua kluster baharu diisytihar

Kluster tersebut ialah Kluster Jalan Kapitan di Marudi dan Kluster Disso di Saratok

- Oleh Agnes Tugong

Daripada jumlah tersebut, sebanyak sembilan kluster melaporkan penambahan kes termasuk dua kluster baharu, manakala 35 kluster lagi tiada penambahan kes.

Kenyataan JPBNS

KUCHING:JabatanKes­ihatan Negeri Sarawak mengisytih­arkan dua kluster baharu jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Jalan Kapitan di Marudi dan Kluster Disso di Saratok.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata dengan penambahan dua kluster tersebut, jumlah kluster aktif di Sarawak kini meningkat kepada 44 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak sembilan kluster melaporkan penambahan kes termasuk dua kluster baharu, manakala 35 kluster lagi tiada penambahan kes,” katanya.

Mengenai Kluster Jalan Kapitan dan Kluster Disso yang baru diisytihar­kan, masing-masing merekodkan penambahan satu kes semalam.

Seramai 182 individu disaring di bawah Kluster Jalan Kapitan di mana 20 individu didapati positif, 136 individu negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan ujian makmal.

Manakala seramai 208 individu disaring di bawah Kluster Disso di mana 21 didapati positif, 184 negatif dan tiga masih menunggu keputusan ujian makmal.

Mengenai status daerah di negeri ini, 12 daerah kekal berstatus Merah iaitu Sri Aman, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Empat daerah iaitu Saratok, Sebauh, Marudi dan Kanowit kekal berstatus Jingga, manakala 19 daerah kekal berstatus Kuning.

Daerah berstatus Kuning ialah Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Matu, Pakan, Subis, Tebedu, Bau, Mukah, Selangau dan Limbang.

Manakala lima daerah iaitu Telang Usan, Lundu, Pusa, Simunjan dan Kabong kekal berstatus Hijau.

Dalam pada itu berkuat kuasa 9 April ini, nombor talian utama COVID-19 JPBNS ialah 082-443991.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia