Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga penganggur dicekup bersama dadah di Kg Sungai Pinang, Bau

-

KUCHING: Tiga penganggur ditangkap bersama 11 peket dipercayai mengandung­i dadah di sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Bau pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 22, 27 dan 31 tahun itu ditangkap sekitar jam 9.45 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bau diketuai Inspektor Mohd Said Ambotang.

Jelasnya, pemeriksaa­n di ruang tamu rumah berkenaan yang disaksikan ketiga-tiga suspek telah menemui satu beg kecil bercorak batik warna coklat di atas lantai.

“Pemeriksaa­n ke atas beg di hadapan kesemua suspek mendapati beg berkenaan berisi satu plastik kecil di dalamnya berisi satu peket lutsinar dan pemeriksaa­n lanjut menemui satu lagi peket plastik lutsinar di dalamnya berisi 10 peket kecil berwarna merah.

“Kesemua berisi ketulanket­ulan kristal putih disyaki dadah berbahaya anggaran seberat 5.25 gram dengan nilai rampasan dianggarka­n berjumlah RM550,” katanya dalam kenyataan semalam.

Berikutan itu tegasnya, ketiga-tiga suspek ditangkap bersama barang kes dan dibawa balai untuk tindakan lanjut.

Tambah Poge, ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek turut didapati positif dadah.

“Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelasnya lagi, seorang daripada suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Dalam operasi sama di rumah berasingan di kampung tersebut, Poge memberitah­u polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Menurutnya, suspek ditahan sekitar jam 9.15 pagi di sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Bau.

“Ujian saringan awal air kencing suspek dikesan positif dadah dan berikutan itu suspek disiasat dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

 ??  ?? BUKTI: Dadah yang dijumpai bersama ketiga-tiga suspek dirampas untuk barang kes.
BUKTI: Dadah yang dijumpai bersama ketiga-tiga suspek dirampas untuk barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia