Utusan Borneo (Sarawak)

Polis nafi tiada tindakan terhadap Awang Tengah langgar SOP, kertas siasatan dibuka

-

KUCHING: Polis Sarawak menafikan tuduhan bahawa tiada tindakan terhadap Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menegaskan, kertas siasatan telah dibuka terhadap Timbalan Ketua Menteri itu di bawah

Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan sedang menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Aidi berkata demikian bagi menafikan tuduhan yang mendakwa tiada tindakan daripada polis atas pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) merujuk ke atas video tular semasa Awang Tengah melakukan lawatan ke daerah Matu baru-baru ini.

Dalam video itu, Awang Tengah dilihat tidak memakai pelitup muka ketika melawat gerai-gerai di Kuala Matu pada 31 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati ketika mengeluark­an sebarang komen atau kenyataan di media sosial agar tidak timbul salah faham.

 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia