Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas diberkas dipercayai curi jentera angkat susun di Bintawa

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas dicekup setelah dipercayai mencuri sebuah jentera angkat susun milik sebuah syarikat kejurutera­an di kediamanny­a di Bintawa kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia dalam lingkungan 60-an ditangkap sekitar jam 1 petang di kediamanny­a di Bintawa selepas pihak syarikat terbabit menyedari jentera tersebut hilang pada 5 April lalu, jam 7.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kuching telah berjaya mengesan kedudukan kenderaan berat itu di sebuah premis jual beli Barang lusuh di kawasan Pending.

“Berdasarka­n rampasan dan hasil semakan dari kedai tersebut telah membawa kepada tangkapan seorang suspek iaitu dalang dalam kejadian ini bersama empat tayar jentera terbabit yang masih disimpan di kediamanny­a di Bintawa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya,keskecuria­njentera itu berjaya diselesaik­an.

“Hasil soal siasat suspek menyatakan mengupah jentera berat dan lori 10 tan digunakan untuk memindahka­n jentera yang dicuri yang diletakkan di tepi jalan untuk dijual di kedai barang lusuh tersebut,” dedah Merbin.

Tambahnya, ujian saringan air kencing suspek didapati negatif.

Beliau menegaskan, kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an masyarakat menyimpan barang milik masing-masing di tempat yang selamat dan tidak dibiarkan tanpa pengawasan begitu sahaja.

“Kecuaian ini boleh mengundang kepada kejadian tidak diingini berlaku seperti kecurian atau kehilangan barang-barang milik mereka,” ujarnya.

Selain itu, Merbin turut menasihati masyarakat Kuching agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia