Utusan Borneo (Sarawak)

117 terima pingat, darjah kebesaran daripada Tun Taib

-

KUCHING: Seramai 117 penerima dikurniaka­n pingat dan darjah Kebesaran Negeri

Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar Astana Negeri di sini, semalam.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaa­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) kepada empat penerima iaitu Ngab Dollah Salam, Jetli

Jelian, Jimmy Ngindang Bau dan Lau Kiing Sieng.

Kemudianny­a, istiadat diteruskan dengan Pengurniaa­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) kepada lima penerima, Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Bakti (P.P.B.) kepada 19 penerima manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) kepada 21 penerima.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pengurniaa­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.) kepada 19 penerima, diikuti Pingat Pentadbira­n Awam, Pingat Perkhidmat­an Terpuji

(P.P.T.) kepada 20 penerima dan diakhiri dengan pengurniaa­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) kepada seramai 29 penerima.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan tetamu kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia