Utusan Borneo (Sarawak)

MIS serah sumbangan RM1.5 juta kepada masjid, surau

Ia bagi kegunaan untuk mengadakan ibadah sempena Ramadan, KM seru umat Islam agar sentiasa mematuhi SOP

- Oleh Jessica Jawing

Kita berterima kasih kepada umat Islam khususnya yang banyak bersedekah kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan mengagihka­nnya untuk membantu masjid dan surau di seluruh

Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) menyerahka­n sumbangan berjumlah RM1.532 juta kepada 1,532 masjid dan surau di seluruh negeri yang disalurkan sempena bulan Ramadan.

Majlis penyerahan berkenaan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada penerima di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Abang Johari dalam ucapannya berkata, sumbangan berkenaan lazimnya disampaika­n sempena Ramadan untuk membantu masjid dan surau di Sarawak mengadakan ibadah masingmasi­ng, seterusnya sedikit sebanyak meringanka­n beban mereka.

“Kita berterima kasih kepada umat Islam khususnya yang banyak bersedekah kepada Tabung Baitulmal Sarawak dan mengagihka­nnya untuk membantu masjid dan surau di seluruh Sarawak.

“Walaupun ekonomi agak merundum, tetapi masih ada syarikat yang memberi zakat kepada Tabung Baitulmal yang membantu mereka menjalanka­n ibadah serta menyalurka­n kepada golongan sasar,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan itu turut dihadiri Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua

Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Abang Johari pada masa yang sama turut menasihatk­an umat Islam yang akan menunaikan ibadah di masjid dan surau pada bulan Ramadan nanti agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, ia bagi mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19 yang masih lagi berlaku di Sarawak.

“Pada bulan Ramadan tahun lepas, kita tidak dapat melakukan sunat terawih di masjid atau surau disebabkan pada masa itu wabak COVID19 baru sahaja ‘menyerang.’

“Namun tahun ini disebabkan keadaan yang lebih baik memungkink­an kita diberikan kebenaran untuk sunat terawih di masjid dan surau dalam keadaan SOP ketat.

“Saya berharap mereka yang pergi terawih akan patuh kepada SOP di mana masjid dan surau ditutup

pada jam 10 malam,” katanya.

Sementara itu, Misnu dalam ucapannya berkata daripada 1,532 penerima sumbangan, 449 adalah masjid sementara 1,083 adalah surau.

Katanya, setiap masjid dan surau akan menerima sebanyak RM1,000 yang kebiasaann­ya disalurkan pada bulan Ramadan.

Beliau memberitah­u dari 2009 hingga 2021, MIS telah menyalurka­n sumbangan lebih RM18 juta kepada masjid dan surau di seluruh negeri.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an cek sumbangan daripada Majlis Islam Sarawak kepada wakil masjid dan surau di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan Misnu (kanan) dan Dr Abdul Rahman (tiga kanan).
— Gambar Penerangan TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an cek sumbangan daripada Majlis Islam Sarawak kepada wakil masjid dan surau di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan Misnu (kanan) dan Dr Abdul Rahman (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia