Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA masih dapat beri perkhidmat­an efektif biarpun hadapi cabaran pandemik

-

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) masih dapat memberi perkhidmat­an secara efekif kepada industri perkayuan meskipun berdepan situasi mencabar pandemik COVID-19.

Pengurus Besarnya Hashim Bojet berkata bagi memastikan perkhidmat­an yang efektif, PUSAKA telah melaksanak­an kelulusan permit eksport dan import secara dalam talian.

Kemudahan ini katanya, membolehka­n kelulusan permit dibuat tanpa melengahka­n permohonan diterima daripada pihak industri.

“Industri kita menerima impak yang amat getir dalam pandemik COVID-19 ini di mana kita telah mengalami penguranga­n dalam jumlah pengeluara­n barangan kayu dari Sarawak dengan nilai eksport susut sebanyak 17 peratus.

“Dari segi jumlah kilang yang aktif beroperasi juga kurang dan banyak kilang ditutup kerana masalah bahan mentah dan lain-lain masalah seperti pekerja asing tidak dapat dipenuhi.

“Ini antara impak yang dialami pihak industri kita. Bagaimanap­un senario perkembang­an industri kayu tempatan masih dapat dilaksanak­an dalam keadaan dipantau rapat PUSAKA dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Khas Perbadanan Kemajuan 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Perhimpuna­n tersebut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap pengerusi PUSAKA dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Hashim berkata, dalam usaha mempelbaga­ikan aktiviti produk nilai tambah, PUSAKA juga telah melaksanak­an pelbagai siri perbincang­an dan kolaborati­f secara maya.

Antaranya, mesyuarat secara maya dengan Universiti Tun Hussein Onn untuk penyelidik­an dan pembanguna­n barangan berasaskan buluh.

“Ini beberapa inisiatif yang telah dilaksanak­an PUSAKA bagi meningkatk­an pengeluara­n nilai tambah di dalam industri perkayuan pada masa ini dan akan datang.

“PUSAKA juga akan sentiasa adakan perbincang­an dengan pihak industri, institut dan penyelidik­an berkaitan dengan industri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia