Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Solidariti bakal jadi satu lagi tarikan pengunjung di Oya

Kawasan itu bakal dikeliling­i tumbuhan unik, sesuai untuk beriadah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Satu lagi kawasan kunjungan menarik bakal dibina di pekan Oya iaitu Taman Solidariti.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, ia bakal dikeliling­i tumbuh-tumbuhan unik dan sesuai untuk dijadikan

Kita cuba membuatkan kawasan ini unik dengan tanaman seperti nibong, pedada dan

” sebagainya.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

kawasan riadah.

“Kita cuba membuatkan kawasan ini unik dengan tanaman seperti nibong, pedada dan sebagainya,” katanya ketika lawatan ke tapak projek semalam.

Bagaimanap­un katanya, perbincang­an lanjut akan dibuat secara terperinci bersama semua pihak terbabit mengenai hal itu dengan lebih mendalam.

Katanya lagi, kewujudan taman tersebut juga bakal menambah satu lagi kawasan kunjungan menarik bagi pelawat yang singgah ke pekan Oya.

Pembinaan fasa pertama Taman Solidariti menelan kos RM400,000 di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Pada fasa pertama, ia bakal melibatkan pembinaan benteng hakisan sepanjang 150 meter dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan setelah semua peringkat persediaan projek berjalan lancar.

Rancangan asal adalah menamakan taman tersebut sebagai Eco Park, namun disebabkan kawasan yang agak terhad dan kesesuaian­nya nama Taman Solidariti akhirnya dipilih sebagai pengganti.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah turut melawat tapak pembinaan tadika baharu di Kampung Medong, semalam.

Menurutnya, Tadika

KEMAS Kampung Medong telah uzur dan perlu bangunan baharu yang lebih selamat.

Katanya, bangunan tadika baharu nanti bukan sahaja lebih selamat, malah mempunyaik­elengkapan­serta kemudahan lebih kondusif berbanding bangunan yang sedia ada.

“Bangunan tadika lama agak berusia dan mempunyai kawasan serta keluasan yang agak terhad,” katanya.

Beliau percaya, pendidikan awal kanak-kanak sangat dipengaruh­i kualiti persekitar­an dan kemudahan yang diberikan.

Melalui pendidikan awal yang terbaik juga kanakkanak akan menjadi lebih berkualiti pada masa depan mereka, katanya lanjut.

Oleh itu, beliau sangat berterima kasih atas usaha ketua masyarakat dan ketua kaum di kawasan itu yang telah mendapatka­n persetujua­n penduduk untuk mendapatka­n tapak baharu tadika tersebut.

Seterusnya, tadika yang bakal dibina di bawah RTP ini akan melalui peringkat kelulusan pihak berkaitan.

Antaranya memerlukan kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Survey, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan pihak JabatanKeb­ajikanMasy­arakat sendiri.

Beliau berharap peringkat seterusnya akan terus berjalan lancar dan dipermudah­kan.

Projek dianggar menelan kos RM250,000 dan masih dalam fasa penyediaan reka bentuk dan skop projek oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya.

 ??  ?? RANGKA PELAN: Fatimah (kanan) melihat pelan Taman Solidariti Pekan Oya dalam lawatannya ke tapak projek, semalam.
RANGKA PELAN: Fatimah (kanan) melihat pelan Taman Solidariti Pekan Oya dalam lawatannya ke tapak projek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia