Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tidak digalak dirikan gerai Ramadan di kawasan perumahan

-

KUCHING: Penduduk kampung tidak digalakkan untuk mendirikan gerai Ramadan di kawasan perumahan masing-masing susulan situasi COVID-19 di negeri ini, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu berkata, meskipun pihak berkuasa tidak melarang mereka berbuat demikian, tetapi adalah lebih baik penduduk mengambil inisiatif untuk mengekang penularanp­andemikter­sebut. Beliau berkata, pihaknya memahami mungkin ada penduduk kampung yang menjual barangan Ramadan untuk menjana pendapatan, asalkan ia tidak menarik terlalu ramai orang.

“Namun begitu mereka harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menyediaka­n kod QR MySejahter­a, memakai pelitup muka dan menyediaka­n pensanitas­i tangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Tinjauan Tapak Projek di kawasan pentadbira­n DBKU di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman maklum bahawa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah membatalka­n bazar Ramadan di kawasan pentadbira­n masing-masing ekoran peningkata­n kes COVID19.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak juga telah memutuskan tidak membenarka­n sebarang penganjura­n aktiviti berbuka puasa di masjid atau surau semasa bulan Ramadan yang boleh mengundang risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, jawatankua­sa masjid atau surau boleh mengagihka­n bantuan makanan kepada keluarga atau individu yang memerlukan tetapi makan di tempat tersebut tidak akan dibenarkan.

“Hanya 200 orang yang dibenarkan semasa solat atau separuh daripada kapasiti premis. Masjid dan surau akan dibuka pada jam 4 pagi dan ditutup pada jam 10.30 malam,” tambahnya.

 ??  ?? PERJELAS: Dr Abdul Rahman bercakap kepada pemberita semalam. Turut kelihatan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan.
PERJELAS: Dr Abdul Rahman bercakap kepada pemberita semalam. Turut kelihatan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia