Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki miliki dadah berbahaya didenda RM2,800

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,800 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah Dennis Tajai, 32, dari Kampung Api, Lutong di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat bersih 0.15 gram.

Methamphet­amine merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 2 Mac lalu di sebuah kuarters di Sungai Bilat, Kuala Baram.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia