Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tak mengaku tipu balu, konon bina makam untuk mendiang suami

-

KUCHING : Seorang lelaki bekerja sendiri mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menipu seorang balu yang hendak membina makam untuk mendiang suaminya, sehingga mangsa mengalami kerugian RM8,000.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh, Sim Han Chung, 32, sejurus dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan deposit RM2,500 tunai berserta seorang penjamin tempatan, selain menetapkan 4 Mei depan sebagai pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu mangsa berusia 60 tahunitude­nganmemper­daya mangsa bahawa dia boleh membina makam untuk mendiang suaminya.

Sehubungan itu, tertuduh secara tidak jujur mendorong mangsa untuk membuat pembayaran RM4,000 melalui perbankan dalam talian milik anak perempuan mangsa.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukann­nya pada 31 Disember 2020, jam lebih kurang 2.18 petang di Kampung Stampin Iban, Off

Jalan BDC di sini.

Tertuduh sekali lagi mengulangi perbuatan sama pada keesokan harinya iaitu 1 Januari 2021, jam lebih kurang 6 petang di tempat yang sama, membabitka­n wang RM4,000.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis setelah tertuduh menghilang­kan diri setelah menerima wang tersebut sebelum perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Suami mangsa berusia 63 tahun dikatakan meninggal dunia lebih kurang dua tahun lepas.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Lian Kee.

 ??  ?? NAFI: Tertuduh keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.
NAFI: Tertuduh keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia