Utusan Borneo (Sarawak)

Pemohon terima tawaran RSP Kemuyang gembira, bersyukur

Komitmen Dr Annuar terhadap keperluan, kebajikan rakyat dihargai

- Oleh Florence Nervyn

Saya berasa sungguh bertuah kerana kos pengiraan rumah dengan harga mampu milik iaitu RM120,000. Kita tidak dapat mencari rumah dengan harga

” serendah itu.

Abdul Hasraymi Abdul Raymond

SIBU: Para pemohon melahirkan perasaan gembira dan bersyukur apabila menerima surat tawaran Projek Rumah Spektra Permata (RSP) Kemuyang, semalam.

Salah seorang penerima, Abdul Hasraymi Abdul Raymond, 44, melahirkan rasa syukur selepas ditawarkan untuk memiliki sebuah rumah menerusi projek RSP.

“Saya berasa sungguh bertuah kerana kos pengiraan rumah dengan harga mampu milik iaitu RM120,000.

“Kita tidak dapat mencari rumah dengan harga serendah itu,” jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee yang komited dengan keperluan dan kebajikan rakyat.

“Kami mangsa kebakaran Kampung Datu dan Kampung Hilir yang berlaku pada tahun 2013 amat bersyukur dan dengan adanya rumah ini kami akan memanfaatk­annya dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Senada dengan itu, mangsa kebakaran Kampung Datu, Hajijah Bakir, 63, melahirkan perasaan gembira selepas mendapat rumah yang dinanti-nantikan itu.

“Ketika ini, saya tinggal di Teku dan nasib ada rumah keluarga.

“Saya bersyukur kerana mendapat sebuah rumah yang cantik dengan harga mampu milik.

“Kami mangsa kebakaran berterima kasih kepada wakil rakyat kerana telah banyak membantu,” ujarnya sambil turut mengakui memang sudah lama mengimpika­n untuk memiliki rumah sendiri.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek RSP Kemuyang Sibu di Dewan Melayu Melanau Bersatu (MMB) telah disempurna­kan

Penerima tawaran

oleh Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee.

Hadir sama ialah Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Mohamad Asman Ahmad dan Pengurus Besar Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd Shaharony Mat Nor.

 ??  ?? ABDUL HASRAYMI
ABDUL HASRAYMI
 ??  ?? HAJIJAH
HAJIJAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia