Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 dibatal

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu membuat keputusan untuk membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 pada tahun ini.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, bazar Ramadan di Pelangi Food Kios di Kampung Nangka dan Bandong Walk masih diteruskan.

Pada 31 Mac lepas, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu meluluskan tiga lokasi bazar Ramadan di Sibu iaitu Dataran Tun Tuanku Bujang

Fasa 2, Pelangi Food Kios di Kampung Nangka dan Bandong Walk.

“MPS telah menetapkan 50 gerai untuk bazar di Dataran Tun Tuanku Bujang tetapi hanya 20 peniaga yang menghantar permohonan mereka.

“Ini juga salah satu sebab MPS membuat keputusan untuk membatalka­n bazar Ramadan di lokasi tersebut,” jelasnya pada siaran langsung Facebook semalam.

Sementara itu, menerusi paparan yang ditunjukka­n Dr Annuar, MPS membenarka­n mereka yang baharu dan sedang beroperasi di hadapan rumah masingmasi­ng untuk meneruskan operasi.

Kod QR MySejahter­a harus disediakan di setiap gerai untuk pengesanan kontak.

Menjawab pertanyaan dalam siaran langsung itu, Dr Annuar berkata, peniaga di Pelangi Food Kios dan Bandong Walk perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan untuk bazar Ramadan.

Ujian calitan dijalankan ke atas seramai lebih 500 peniaga bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia