Utusan Borneo (Sarawak)

Betong juga tidak benarkan bazar Ramadan tahun ini

-

BETONG: Tiada pembukaan bazar Ramadan di kawasan pentadbira­n Majlis Daerah Betong (MDB) pada tahun ini.

Residen Bahagian Betong Friday Belik memberitah­u, perkara tersebut telah dipersetuj­ui dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan telah menyerahka­n kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) untuk membuat keputusan sama ada untuk mengadakan bazar Ramadan atau sebaliknya di kawasan dalam bahagian masing-masing.

“Bagi kita di Betong, perbincang­an bagi mendapatka­n pandangan dari ADUN kawasan, Pegawai Daerah dan Setiausaha Majlis Daerah telah diadakan dan rata-rata mereka tidak bersetuju untuk mengadakan bazar Ramadan pada tahun ini memandangk­an keadaan penularan COVID-19 di bahagian Betong masih belum terkawal sepenuhnya.

“Larangan ini termasukla­h bagi mereka yang menjaja di hadapan rumah, namun demikian mereka boleh menggunaka­n pesanan barang makanan melalui dalam talian dan kaedah bayar selepas terima (COD),” katanya.

Beliau memberitah­u demikian ketika mengulas berhubung pembukaan bazar Ramadan bagi kawasan pentadbira­n Betong semalam.

Friday yang juga Pengerusi (JPB) Bahagian Betong menekankan, pihak pasukan petugas Penguatkua­sa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diketuai PDRM akan menjalanka­n rondaan untuk memastikan SOP dan arahan ini di patuhi.

Sementara itu, Setiausaha MDB Charlie Keling turut menegaskan tiada tapak bazar Ramadan akan disediakan kepada peniaga di kawasan pentadbira­n MDB.

“Mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID19 di Sarawak, pengurusan MDB telah memutuskan untuk tidak meneruskan penganjura­n bazar Ramadan di kawasan di bawah pentadbira­n MDB iaitu di kawasan Betong, Spaoh, Debak dan Pusa bagi tahun 2021.

“Hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangka­lian untuk berlaku penularan semula COVID-19, sekaligus merencatka­n usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

“Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk membantu Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi SOP dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuas­akan,” katanya ketika dihubungi.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain telah terlebih dahulu membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembukaan bazar Ramadan antaranya adalah DBKU, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Perbandara­n Sibu dan Majlis Daerah Saratok.

“Walau bagaimanap­un, peniaga masih dibenarkan untuk berjual dari rumah, jadi tidak memberi masalah besar kepada umat Islam.

“Dikhuatiri pembukaan bazar Ramadan ini akan menarik orang ramai ke suatu kawasan sahaja dan perkara ini yang menjadi kerisauan kepada JPBB,” ujarnya.

 ??  ?? TIADA SAMBUTAN: Dr Annuar menunjukka­n paparan pembatalan bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2.
TIADA SAMBUTAN: Dr Annuar menunjukka­n paparan pembatalan bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2.
 ??  ?? FRIDAY
FRIDAY
 ??  ?? CHARLIE
CHARLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia