Utusan Borneo (Sarawak)

JPN digesa ke Long Singut tangani isu penduduk tiada kewarganeg­araan

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing menggesa Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) agar menghantar pasukan unit bergerakny­a ke Long Singut di Kapit bagi menangani isu tiada kewarganeg­araan.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan penduduk generasi kedua dan ketiga di Long Singut masih belum mempunyai kewarganeg­araan.

“Saya membantu penduduk di Long Singut yang tidak mempunyai kad pengenalan dan mereka tiada kewarganeg­araan.

“Kebanyakan mereka ini penduduk generasi kedua dan ketiga di Long Singut,” katanya menerusi kenyataan semalam susulan lawatan ke Long Singut di Kapit pada Isnin lalu.

Masing berkata, terdapat 729 daripada mereka kebanyakan­nya tiada kewarganeg­araan dan mereka berhijrah dari Kalimantan sekitar tahun 60-an.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata, malahan anak-anak mereka tidak dapat menyambung pelajaran selepas tamat Tingkatan 5 meskipun mempunyai keputusan yang cemerlang.

“Selain itu bagi golongan dewasa, mereka tidak dapat mencari pekerjaan kerana tidak mempunyai dokumen identiti mereka.

“Kerajaan Malaysia perlu menangani keadaan mereka yang tanpa kewarganeg­araan ini. JPN harus menghantar pasukan unit bergerak mereka ke Long Singut secepat mungkin,” katanya.

Beliau memberitah­u, kerajaan yang mentadbir kini boleh dituduh tidak mengambil berat terhadap rakyat jika isu tersebut dibiarkan tanpa peduli.

Melainkan katanya, isu berkenaan diselesaik­an secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia