Utusan Borneo (Sarawak)

Komited kawal selia, bangunkan dan memudah cara industri di negara ini: Yusuf

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan terus komited dalam mengawal selia, membangun dan memudah cara industri pembinaan di negara ini.

Pengerusin­ya Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, CIDB berperanan penting membantu kerajaan dalam perkara-perkara berkaitan dengan sektor tersebut.

“Kini CIDB mengurus dan membantu kerajaan dalam penilaian mutu pembinaan, mendaftar dan mengakredi­tasi kontraktor dan pekerja binaan.

“Usaha ini amat penting dalam memajukan dan merangsang apa sahaja yang berkaitan dengan pembinaan.

“Melalui langkah ini, mutu, kualiti dan aspek keselamata­n kerja akan dipantau sepenuhnya agar ia mengikut standard

Melalui langkah ini, mutu, kualiti dan aspek keselamata­n kerja akan dipantau sepenuhnya agar ia mengikut standard kerja yang telah

” ditetapkan.

Pengerusi CIDB

kerja yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Mesra Pelanggan CIDB Bersama Kontraktor Bintangor di Dewan Dayang Bai, petang kelmarin.

Yusuf yang juga Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis berkata, CIDB turut mengkaji dan memperkena­lkan teknologi-teknologi baharu dalam bidang pembinaan.

“Antaranya Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) yang dilihat mampu mempercepa­tkan projek-projek dan menjimatka­n kos pembinaan.

“Pelaksanaa­n sesuatu projek dengan menggunaka­n teknologi baharu dikenal pasti mampu mengurangk­an kos dan juga lebih efektif,” katanya.

Pada masa sama, Yusuf menegaskan CIDB turut berperanan dalam mengurus laporan dan aduan serta siasatan daripada para kontraktor dan pekerja mengenai kemalangan di tapak pembinaan projek.

“Kita berharap akan dapat melahirkan lebih banyak lagi golongan kontraktor berkualiti pada masa akan datang untuk merancakka­n lagi industri sektor pembinaan negara,” tegasnya lagi.

Pada majlis itu, Yusuf turut menyampaik­an sijil kehadiran kepada kontraktor yang hadir.

Terdahulu, Yusuf menyerahka­n sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Pengadil Daerah Meradong.

Hadir sama Pengarah CIDB Negeri Sarawak Mohd Noor Abd Rahman, Pengurus Cawangan CIDB Sibu Chuag Kuang Hong, SAO Pejabat Daerah Meradong Hana Safiya, Pengerusi Persatuan Pengadil Meradong Hasman Bakar dan Penghulu Abang Hashim Abang Sulhi.

Ir Yusuf Abdul Wahab

 ??  ?? TAHNIAH: Salah seorang kontraktor menerima sijil kehadiran daripada Yusuf (kanan) disaksikan oleh tetamu kehormat lain.
TAHNIAH: Salah seorang kontraktor menerima sijil kehadiran daripada Yusuf (kanan) disaksikan oleh tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia