Utusan Borneo (Sarawak)

Yang di-Pertuan Agong sembah DK Pahang kepada Sultan Selangor, terima DK Selangor

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenanme­mpersembah­kan Darjah Kerabat (DK) Pahang kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Darjah kebesaran DK Sri

Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati itu dipersemba­hkan Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Sharafuddi­n pada istiadat yang berlangsun­g di Dewan Sri Maharaja, Istana Negara.

Sultan Sharafuddi­n kemudianny­a mempersemb­ahkan DK Selangor Yang Amat Dihormati kepada Al-Sultan Abdullah.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan Tengku Permaisuri

Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Istiadat itu turut disaksikan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Agong Sultan Abdullah (dua kiri) dan Sultan Sharafuddi­n bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan singgahsan­a selepas Istiadat Persembaha­n Darjah Kerabat (DK) Pahang dan DK Selangor di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Agong Sultan Abdullah (dua kiri) dan Sultan Sharafuddi­n bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan singgahsan­a selepas Istiadat Persembaha­n Darjah Kerabat (DK) Pahang dan DK Selangor di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia