Utusan Borneo (Sarawak)

IMBRT mampu tingkatkan penggunaan pengangkut­an awam di Johor: Hasni

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor yakin rangkaian liputan Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang dijangka mula beroperasi pada 2023 dapat meningkatk­an lagi penggunaan pengangkut­an awam di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, hal ini berikutan IMBRT yang menjalani ujian rintis selama tiga bulan, bermula semalam, mempunyai kelebihan dari segi ketepatan jadual perjalanan, keselamata­n dan keselesaan, selain menggunaka­n teknologi hijau dan sistem tiket yang praktikal.

Katanya, ketetapan kadar harga tambang untuk menggunaka­n perkhidmat­an IMBRT juga tidak berdasarka­n kepada kos operasi.

“IMBRT tidak akan mengenakan bayaran berdasarka­n kos operasi atau kos pembanguna­n projek, tetapi keupayaan masyarakat akan menjadi asas untuk menentukan kadar harga yang akan diperkenal­kan nanti.

“Kami tahu banyak ruang untuk penambahba­ikan dalam pengangkut­an awam di Johor. Jadi apabila IMBRT ini dibangunka­n ia dilihat dapat memberi banyak manfaat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ujian Rintis IMBRT di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor Mohd Solihan Badri.

Sementara itu, Ismail ketika berucap pada majlis berkenaan berkata IMBRT menitikber­atkan sistem yang efisien, efektif, mampu biaya, kos selenggara rendah dan kos pembinaan munasabah.

Menurutnya, menjelang tahun 2025, rangkaian liputan pengangkut­annya akan dipertingk­atkan daripada 39 peratus kepada 90 peratus kawasan pembanguna­n ekonomi Iskandar Malaysia, sekali gus meningkatk­an peralihan nisbah pengangkut­an awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus.

Beliau berkata, sistem IMBRT akan menghubung­kan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dan ia meliputi jajaran sepanjang 2,051 kilometer iaitu kirakira 90 peratus dari kawasan berpendudu­k di Iskandar Malaysia.

“Menariknya, perkhidmat­an IMBRT ini juga dirancang setelah mengambil kira keperluan mengurangk­an impak rumah hijau ke atas alam sekitar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK: Hasni (empat kanan) melihat replika laluan rangkaian liputan Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) bersama Ismail (tiga kanan) semasa Program Lancaran Ujian Rintis Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit di sebuah hotel, Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK: Hasni (empat kanan) melihat replika laluan rangkaian liputan Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) bersama Ismail (tiga kanan) semasa Program Lancaran Ujian Rintis Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit di sebuah hotel, Iskandar Puteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia