Utusan Borneo (Sarawak)

Talaqi maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran

-

KANGAR: Talaqi secara maya tidak menjadi penghalang buat seorang pensyarah dan guru alQuran muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021.

Johan Qari pada tahun ini ialah Mohamad Anas Abdul Hadi, 32 , seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) dan Johan Qariah Nur Syafirah Jusoh, 34 pula merupakan guru alQuran di Jejawi, Arau.

Mohamad Anas berkata, sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulka­n bacaan al-Quran secara maya.

“Saya menggunaka­n aplikasi WhatsApp bagi menghantar audio bacaan al-Quran kepada guru saya yang berada di Malaysia dan Jordan.

“Walaupun pada awalnya agak kekok, namun akhirnya ianya jadi satu kebiasaan,” katanya kepada Bernama di sini malam kelmarin.

Turut berkongsi pengalaman, Nur Syafirah berkata beliau menghabisk­an masa satu jam sehari bertalaqi dengan guru menggunaka­n aplikasi Zoom.

“Saya harap wabak COVID-19 cepat berakhir agar dapat segera bertalaqi secara bersemuka dengan guru al-Quran kerana ia lebih memberi kepuasan kepada saya,” kata ibu kepada lima anak itu.

Qari dan Qariah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaika­n Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Pemenang akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dari 13 hingga 18 Jun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia