Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Polis Polisario Front terkorban di Sahara Barat

-

ALGIERS: Ketua Polis Polisario Front telah terkorban di wilayah bergolak Sahara Barat, menurut satu kenyataan daripada puak pemisah kelmarin.

“Komander pasukan tentera negara Addah alBendir tumpas pada Selasa lepas sebagai pejuang syahid dengan penuh kehormatan,” kata kementeria­n pertahanan bagi pergerakan prokemerde­kaan dalam satu kenyataan.

Beliau “sedang dalam misi ketenteraa­ndizonbeba­sRouss Irni, di Tifariti,” terletak di utara dalam wilayah yang dikawal oleh Polisario, tambahnya, tanpa menjelaska­n mengenai punca berkaitan dengan kematianny­a.

Kenyataan telah dikeluarka­n melalui agensi berita rasmi SPS, yang kemudian mengeluark­annya dari lamannya tanpa sebarang penjelasan. Seorang pegawai tempatan turut mengesahka­n kematian itu kepada AFP.

Sahara Barat merupakan bekas koloni Sepanyol, kebanyakan di bawah kawalan Rabat, di mana ketegangan antara Maghribi dan Polisario Front telah reda sejak 1970-an.

Maghribi menawarkan autonomi namun mengekalka­n wilayah itu sebagai satu bahagian kedaulatan dalam kerajaan.

Pihak Polisario telah bertempur dalam perang bagi kemerdekaa­n dengan Maghribi dari 1975 hingga 1991 serta pemimpinny­a mengisytih­arkan Republik Demokratik Sahrawi Arab (SADR) pada Februari 1976.

Kenyataan kelmarin menyatakan Bendir dilahirkan di wilayah Tiress pada 1956, dan menyertai Polisario Front pada 1978.

Tidak ada pengesahan segera mengenai kematian daripada pihak berkuasa Maghribi.

Beberapa syarikat media Maghribi melaporkan kematianny­a pada pagi kelmarin, dikatakan ketika satu operasi yang diketuai oleh Polisario “ke timur tembok” pasir yang memisahkan kedua-dua bahagian.

Ketegangan meningkat dengan mendadak pada November ketika Maghribi menghantar pasukan tenteranya ke sebuah zon pemisah antara dua bahagian bagi membuka semula satu-satunya jalan raya menuju dari Maghribi ke Mauritania dan bahagian lain di Afrika barat, selepas pemisah menyekatny­a pada bulan sebelumnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia