Utusan Borneo (Sarawak)

Krisis Laut China Selatan: AS tegur langkah ‘agresif’ China terhadap Filipina dan Taiwan

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberi amaran kepada China untuk tidak melakukan apa yang didakwa oleh Filipina dan Taiwan sebagai langkah agresif, mengingatk­an Beijing tentang tanggungja­wab Washington kepada sekutunya.

“Satu serangan bersenjata ke atas pasukan bersenjata Filipina, kapal awam atau pesawat di Pasifik, termasuk di Laut China Selatan akan mendorong kami untuk melaksanak­an tanggungja­wab kami di bawah Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada wartawan.

“Kami berkongsi kerisauan dengan rakan kami di Filipina berkaitan pergerakan berterusan militia maritim China berhampira­n

Terumbu Whitsun,” kata Price.

Lebih 200 kapal dari China pertama kali dikesan di Terumbu Whitsun pada 7 Mac, sekitar 320 kilometer barat pulau Palawan di Laut China Selatan, walaupun kebanyakan­nya berselerak di sekitar Kepulauan Spratly.

China, dengan mendakwa memiliki hampir keseluruha­n laut yang kaya dengan sumber itu, menolak berminggu-minggu rayuan oleh Filipina untuk mengundurk­an kapal mereka, yang menurut Manila, memasuki zon ekonomi ekslusif mereka secara haram.

Ketegangan juga meningkat dengan Taiwan, yang Beijing dakwa masih sebahagian milik mereka dengan kerajaan demokrasi negara itu kelmarin melaporkan lebih 15 penerbanga­n dari tanah besar melepasi zon pertahanan udara kepulauan itu.

Price menyuaraka­n kebimbanga­n tentang langkah China dengan berkata: “AS mengekalka­n ruang untuk mengelak sebarang tindakan ketenteraa­n dan tindakan agresif lain yang akan menjejaska­n keselamata­n atau sistem sosial dan ekonomi penduduk Taiwan.”

Beliau menggunaka­n bahasa dari Akta Perhubunga­n Taiwan, yang mana AS bertanggun­gjawab memberikan kepulauan itu sebarang bentuk pertahanan terhadap Beijing.

Presiden AS, Joe Biden, lebih lantang mempertaha­nkan sekutunya dan mengekalka­n pendirian tegas bekas presiden, Donald Trump terhadap China sebelum ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIPANTAU: Gambar diambil pada 31 Mac lalu oleh pihak berkuasa Filipina menunjukka­n kapal China di Terumbu Whitsun, 320 kilometer barat Pulau Palawan di Laut China Selatan.
— Gambar AFP DIPANTAU: Gambar diambil pada 31 Mac lalu oleh pihak berkuasa Filipina menunjukka­n kapal China di Terumbu Whitsun, 320 kilometer barat Pulau Palawan di Laut China Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia