Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Neo-Nazi AS mengaku bersalah atas tuduhan jenayah kebencian

-

WASHINGTON: Seorang ketua Neo-Nazi mengaku bersalah ke atas tuduhan jenayah kebencian persekutua­n kelmarin kerana mengancam wartawan dan aktivis yang berkempen menentang anti-Semitis, umum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Cameron Shea, 25, ditangkap bersama tiga orang lagi pada awal 2020 selepas mereka dilaporkan bersekongk­ol dalam sebuah kumpulan bual dalam talian yang dirahsiaka­n bagi mengugut kebanyakan pemberita dan penyokong, terutama penduduk Yahudi atau orang kulit hitam.

Mereka menghasilk­an poster, yang menunjukka­n simbol nazi, figura bertopeng dengan memegang senjata dan koktel Molotov, serta pesanan berbaur ugutan, untuk dihantar atau dimelkan kepada wartawan atau penyokong kumpulan yang disasarkan, katanya.

Shea menyatakan dia mengingink­an “pertunjuka­n bagi kuasa” dari pertubuhan Atomwaffen yang menentang kumpulan sasaran, dengan anggotanya meletakkan poster di kediaman mereka.

Sebuah poster menunjukka­n wajah seperti Grim

Reaper dengan pelitup muka seperti tulang rangka dan satu koktel Molotov di sampingan ayat berbunyi: “Kesabaran kami ada had...Anda telah dikunjungi oleh Nazi tempatan anda.”

Empat orang itu ditangkap dalam operasi di seluruh negara terhadap kumpulan kejam.

Lima orang lagi telah didakwa di Alexandria, Virginia, kerana menganjurk­an serangan “memukul” berbahaya yang meminta polis agar menyasarka­n rumahrumah mangsa.

Shea mengakui tuduhan konspirasi dan jenayah kebencian di mahkamah persekutua­n di wilayah Washington yang mana kedua-duanya boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada 28 Jun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia