Utusan Borneo (Sarawak)

jangka sambut kelahiran bayi kedua awal Ramadan

-

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumka­n bakal melahirkan anak keduanya pada awal Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Beliau bersama suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitah­u perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

“Alhamdulil­lah, dijangka pada awal Ramadan ini, InsyaAllah saya akan bersalin.

“Doakan semoga semua proses bersalin saya berjalan lancar. Perasaan semua wanita yang nak melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Pelantun lagu ‘Percayalah’ itu bernikah pada 21 Ogos 2006 dan dikurniaka­n seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah, 3, pada 19 Mac 2018. — Bernama

 ??  ?? SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia