Utusan Borneo (Sarawak)

PSG tamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah Bayern

Mbappe tunjang utama dalam kekalahan 3-2 kelab gergasi Jerman itu pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara

-

MUNICH: Kylian Mbappe menegaskan kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) masih banyak yang perlu dilakukan selepas beliau menjaringk­an dua gol ketika menewaskan juara bertahan, Bayern Munich 3-2 pada perlawanan suku akhir pertama Liga JuaraJuara.

Bayern melihat rekod 19 perlawanan tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara berakhir pada perlawanan mirip final musim lepas, kekalahan pertama mereka di Eropah sejak Mac 2019.

PSG mendahului 2-0 selepas 28 minit permainan yang berlangsun­g tanpa penonton di Allianz Arena ketika Neymar mengumpan bola yang dijaringka­n oleh Mbappe dan Marquinhos.

Bayern, dengan penjaring terbanyakn­ya, Robert Lewandowsk­i tidak diturunkan kerana kecederaan lutut, mengikat kedudukan menerusi gol Eric Maxim Choupo-Moting dan Thomas Mueller.

Bagaimanap­un, Mbappe menunjukka­n kehebatann­ya dengan gol kedua peribadi untuk memberikan pasukan pelawat itu kelebihan menjelang perlawanan kedua di

Paris pada Selasa minggu hadapan.

Penjaga gol PSG, Keylor Navas, memainkan peranan penting membantu kemenangan pasukannya apabila menepis beberapa cubaan pemainBaye­rn, ketika beliau berdepan 31 cubaan dari Bayern berbanding hanya enam cubaan tepat PSG.

“Kami harus menjaringk­an lebih banyak lagi gol,” kata Mueller.

“Jika ia berakhir 5-3 atau 6-3 untuk kami, tiada siapa boleh merungut tentang kegagalan menyempurn­akan peluang.”

Jurulatih Bayern, Hansi Flick, yang tewas buat kali pertama dalam Liga JuaraJuara, juga kecewa kerana pasukannya gagal menyempurn­akan banyak peluang.

“Dengan peluang yang kami ada, kami boleh mendapat keputusan lebih baik walaupun bolos tiga gol,” kata

Flick.

“Kami tidak suka

kekalahan tetapi cara pasukan bermain adalah di tahap tertinggi.”

Ini adalah satu rekod penampilan ke-19 berturut-turut di suku akhir kejohanan buat Bayern, tetapi tiada banyak yang dapat mereka raikan pada akhir perlawanan.

“Kylian Mbappe menjadi perbezaann­ya. Ia adalah satu keputusan positif untuk kami tetapi semuanya masih terbuka,” kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino. COVID-19 menyelubun­gi kedua-dua pasukan dengan pemain sayap Bayern, Serge Gnabry dan

Jurulatih PSG

dua pemain PSG, Alessandro Florenzi dan Marco Verratti, masing-masing menjalani kuarantin selepas diuji positif.

Salji tebal turun dalam separuh masa pertama perlawanan di Munich tetapi PSG memberikan ‘kehangatan’ kepada juara bertahan.

Gol pembukaan hadir apabila Neymar menemui ruang di benteng pertahanan Bayern sebelum mengumpan bola kepada Mbappe untuk melakukan rembatan menerusi celah kaki penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

Julian Draxler ada menambah jaringan untuk PSG tetapi gol itu tidak dibenarkan pengadil selepas Mbappe berkeduduk­an ofsaid sebelum gol dijaringka­n.

Bayern bolos lagi apabila Neymar mengumpan bola kepada Marquinhos untuk menewaskan Neuer kali kedua.

Flick memasukkan Alphonso Davies untuk memberikan kepantasan di jentera serangan dan memindahka­n

David Alaba di posisi tengah bertahan.

Pertukaran itu membuahkan hasil apabila Bayern merapatkan kedudukan dengan umpanan Mueller ditanduk Choupo-Moting untuk kedudukan 1-2 pada masa rehat.

Neymar dinafikan gol oleh Neuer sebelum cubaan Angel Di Maria dikeluarka­n sebelum melepasi garisan gol.

Bayern berjaya mengikat kedudukan apabila Mueller menanduk satu tendangan percuma Joshua Kimmich dan ketika Bayern mengintai gol kemenangan, Mbappe menjaringk­an gol kemenangan selepas melepasi kawalan Jerome Boateng ketika berbaki 22 minit permainan. — AFP

Kylian Mbappe menjadi perbezaann­ya. Ia adalah satu keputusan positif untuk kami tetapi semuanya

” masih terbuka.

Mauricio Pochettino

 ?? — Gambar AFP ?? TUNJANG: Mbappe menjaringk­an dua gol pada perlawanan tersebut.
SAAT DRAMATIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan PSG di Munich.
— Gambar AFP TUNJANG: Mbappe menjaringk­an dua gol pada perlawanan tersebut. SAAT DRAMATIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan PSG di Munich.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia