Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Premier: Projek FAM-MSN memperoleh mata pertama

-

SHAH ALAM: Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN) akhirnya berjaya memperoleh mata pertama dalam perlawanan Liga Premier dengan mengikat Kuching City FC apabila seri 2-2, di Stadium UiTM Shah Alam, di sini, malam tadi.

Jurulatihn­ya Yusri Che Lah berkata kejayaan sulung skuad itu secara tidak langsung menyuntik motivasi kepada pemain dan pengurusan untuk berjuang pada perlawanan seterusnya.

“Saya bersyukur perlawanan ketujuh baharu merasakan satu mata yang berharga, bukan kerana mata yang diperoleh, tetapi komitmen pemain walaupun dua kali ketinggala­n. Pembanguna­n pemain (Projek FAM-MSN) yang dimaksudka­n memerlukan masa yang cukup panjang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu, malam tadi.

Beliau berkata pemain bangkit setelah tewas dengan jaringan yang besar, 5-0 ketika berdepan Johor Darul Ta’zim II, Ahad lepas, sekali gus menonjolka­n sikap positif dan berusaha memperoleh kemenangan dalam 80 minit permainan.

Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Kuching City FC Sulaiman Hussin berkata Projek FAM-MSN mempamerka­n permainan yang lebih bersemanga­t.

“Hari ini kita tidak main seperti yang dirancang, dalam senario terburuk kita tidak kalah dan dapat satu mata di tempat lawan.

“Walaupun semua pasukan ambil mata penuh dengan Projek FAM-MSN, hari ini saya nampak mereka lebih baik berbanding kami dan satu mata itu adil buat kedua-dua pasukan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara FC Porto dan Chelsea di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.
TENANG: Reaksi penyerang FC Porto, Moussa Marega pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP Babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara FC Porto dan Chelsea di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla. TENANG: Reaksi penyerang FC Porto, Moussa Marega pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia