Utusan Borneo (Sarawak)

Barty mara ke pusingan ketiga kejohanan WTA di Charleston

-

MIAMI: Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty, melangkah selesa ke pusingan ketiga pada kejohanan WTA di Charleston pada Rabu apabila menewaskan Misaki Doi 6-2 dan 6-1.

Barty tiba pada kejohanan di permukaan tanah liat itu dengan memenangi kejuaraan Terbuka Miami, di mana beliau berjaya mempertaha­nkan satu kejuaraan WTA buat kali pertama.

Selepas diberi laluan percuma di pusingan pertama, beliau berjaya menyesuaik­an diri dengan baik di permukaan tanah liat dengan hanya mengambil masa 61 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-77 dari Jepun.

“Ia adalah perubahan pantas dari Miami, hanya beberapa jam berlatih,” kata Barty, yang tidak menyertai mana-mana kejohanan di permukaan tanah liat sejak memenangi Terbuka Perancis

pada 2019. “Saya hanya berharap saya tidak terjatuh ketika memukul bola.

“Tetapi semuanya datang dengan semula jadi,” kata beliau.

Pada perlawanan lain, pemain pilihan kedua dari Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin, dikejutkan dalam tiga set oleh pemain ranking ke-79 dunia, Lauren Davis.

Davis menang 4-6, 6-3 dan 6-4 untuk menewaskan pemain ranking keempat dunia itu.

“Saya bergelut sedikit dalam set pertama dan pukulan servis saya juga kurang menyerlah,” kata Davis.

Kenin memenangi Terbuka Australia 2020 dan naib juara Terbuka Perancis tahun lepas tetapi beliau bergelut pada 2021.

Beliau tersingkir awal di pusingan kedua selaku juara bertahan Terbuka Australia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Pemain nombor satu dunia dari Australia, Barty.
— Gambar AFP HEBAT: Pemain nombor satu dunia dari Australia, Barty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia