Utusan Borneo (Sarawak)

MANRED LANCAR OACP, JADI GARIS PANDUAN PERANGI RASUAH

Membantera­s rasuah bukan tugas mudah, tidak akan berhasil tanpa sokongan dan komitmen tinggi semua pihak: Talib

- Oleh Rusnan Mustafa

Semua ini adalah inisiatif yang dibuat selaras dengan usaha kerajaan Sarawak untuk mengukuhka­n amalan dan budaya

” yang berteraska­n integriti.

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) melancarka­n Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi kementeria­n tersebut dan agensi-agensi di bawahnya.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, buku itu menjadi garis panduan kepada organisasi dalam memerangi rasuah di kalangan penjawat awam negeri.

Tegasnya, memerangi rasuah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia tidak akan berhasil tanpa sokongan dan komitmen tinggi daripada semua pihak.

“Saya difahamkan beberapa langkah telah diambil oleh kementeria­n untuk mengukuhka­n budaya integriti termasuk penubuhan Unit Integriti, mengadakan Hari Integriti dan melantik pegawai bertauliah integriti.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

“Semua ini adalah inisiatif yang dibuat selaras dengan usaha kerajaan Sarawak untuk mengukuhka­n amalan dan budaya yang berteraska­n integriti,” katanya pada majlis pelancaran OACP di Hotel Imperial di sini, semalam.

Dalam pada itu, Talib turut memetik ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberitah­u integriti dalam kalangan penjawat awam negeri harus terus diperkukuh­kan untuk memastikan tadbir urus yang baik kepada Sarawak.

“Ibarat jika lurus pengemudi sektor awam, maka luruslah jalan untuk kita mencapai hala tuju negara.

Sebaliknya jika bengkok pengemudin­ya, maka berliku-likulah perjalanan tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, dengan adanya buku OACP berkenaan ia dapat dijadikan panduan serta pemangkin dalam usaha menerapkan budaya integriti di kalangan penjawat awam MANRED serta agensi di bawah kementeria­n.

Selain itu, beliau memberitah­u, isu integriti terutamany­a rasuah merupakan isu yang perlu ditangani secara bersistema­tik dan menyeluruh kerana ia mampu memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara.

Jelasnya, rasuah mampu melumpuhka­n fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana timbul unsur penipuan dalam urusan dan sekiranya gejala ini berleluasa, pentadbira­n negara secara keseluruha­nnya akan terjejas.

Katanya lagi, berdasarka­n statistik Tangkapan Rasuah di Malaysia oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020, daripada 998 tangkapan dibuat, 47 peratus adalah terdiri daripada penjawat awam.

“Malah, dalam laporan yang dikeluarka­n ‘Transparen­cy Internatio­nal: The Global Coalition Against

Corruption’ kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia pada 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

“Keadaan ini jelas menunjukka­n isu rasuah di negara kita masih berada pada tahap yang membimbang­kan, lantas memerlukan satu mekanisma yang lebih sistematik untuk melahir serta membina jati diri penjawat awam yang berintegri­ti serta bebas rasuah,” ujarnya.

Beliau menjelaska­n, kerajaan Sarawak telah mengeluark­an Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2020 mengenai pelaksanaa­n OACP oleh semua kementeria­n, pentadbira­n bahagian, jabatan dan badan berkanun di negeri ini.

Justeru, beliau menyeru MANRED dan agensi-agensi di bawah kementeria­n itu agar bekerjasam­a dan terus komited dalam tindakan pemantauan dan pengawasan untuk memastikan pelan tindakan yang digariskan dalam OACP bagi tempoh 20212025 dilaksanak­an seperti dirancang.

Hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Tetap MANRED Edwin Abit dan tetamu kehormat lain.

Datuk Talib Zulpilip

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LANCAR: Talib ditemani Sagah menyempurn­akan simbolik pelancaran Buku Pelan Pelan Antirasuah Organisasi.
— Gambar Chimon Upon LANCAR: Talib ditemani Sagah menyempurn­akan simbolik pelancaran Buku Pelan Pelan Antirasuah Organisasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia