Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Myanmar rampas kedutaan Myanmar di UK

Susulan dutanya suara bantahan terhadap kudeta pada 1 Februari lalu, tuntut pembebasan Suu Kyi

-

LONDON: Duta dan kakitangan Kedutaan Myanmar di London diarah meninggalk­an bangunan kedutaan kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

Dutanya Kyaw Zwar Minn berkata, beliau dan petugas kedutaan diminta keluar dari bangunan kedutaan itu oleh seorang wakil tentera Myanmar di United Kingdom (UK).

“Mereka tidak membenarka­n saya masuk ke kedutaan. Mereka kata mereka dapat arahan daripada pihak bandar raya itu, jadi mereka tidak akan membenarka­n saya masuk.

“Ini rampasan kuasa. Sini adalah UK. Kami bukan berada di Myanmar. Mereka tidak boleh buat seperti ini. Kerajaan Britain tidak akan benarkan ini berlaku,” katanya.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Komuniti Burma (Myanmar) di London ketika ini berkumpul di kedutaan #Myanmar berikutan berita menyatakan kedutaan dirampas rejim.”

Zwar Minn telah menyuaraka­n bantahanny­a terhadap kudeta dan menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Beliau juga bertemu Setiausaha Luar UK Dominic Raab untuk menyatakan bantahanny­a terhadap kekejaman tentera di Myanmar.

Sekurang-kurangnya 581 orang di Myanmar terkorban sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu dan sehingga 6 April, seramai 2,750 orang ditahan, 38 daripadany­a dijatuhi hukuman. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIKUNCI: Zwar Minn (kiri) berdiri di sebelah anggota polis yang berkawal di luar Kedutaan Myanmar di London selepas bangunan itu dikunci atas arahan tentera Myanmar kelmarin.
— Gambar AFP DIKUNCI: Zwar Minn (kiri) berdiri di sebelah anggota polis yang berkawal di luar Kedutaan Myanmar di London selepas bangunan itu dikunci atas arahan tentera Myanmar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia