Utusan Borneo (Sarawak)

Imbau nostalgia dengan konsert mini ‘Showcase Lejen Ria’

Pesona lima penghibur legenda tarikan utama program yang kini bersiaran setiap Ahad di Astro Ria ini

-

PROGRAM ‘Showcase Lejen Ria’ adalah sebuah program hiburan berkonsepk­an konsert mini eksklusif bersama penyanyi legenda dalam industri muzik tanah air yang akan menghiburk­an penonton dengan koleksi lagu popular masingmasi­ng sekaligus bakal mengimbau nostalgia untuk setiap lagu yang pernah menjadi siulan ramai suatu masa dahulu.

Lima penghibur ikonik dengan latar belakang genre muzik yang berbeza iaitu Kumpulan Wings, Zamani & Ameng, Ella dan Anuar Zain bakal menggegark­an malam hujung minggu menerusi empat buah konsert mini yang akan berlangsun­g selama 90 minit dari Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Konsert mingguan eksklusif ‘Showcase Lejen Ria’ ini dikendalik­an sepenuhnya oleh selebriti versatil, Dato’ AC Mizal selaku hos program yang akan mendalami perjalanan kembara seni serta pencapaian cemerlang barisan artis jemputan sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik.

Selain itu, pelbagai perkongsia­n pahit manis dan pengalaman berharga yang mungkin tidak pernah dikongsika­n sebelum ini akan turut dicungkil menerusi program ini.

Rakaman program ‘Showcase Lejen Ria’ ini bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kumpulan Wings membuka gelanggang episod pertama program ‘Showcase Lejen Ria’ kemudian disusuli dengan penampilan istimewa Zamani & Ameng untuk episod kedua. Ratu Rock Negara, Ella pula beraksi di episod ketiga manakala penyanyi terkenal Anuar Zain pula akan melabuhkan tirai program ini menerusi episod keempat pada Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, “Seperti yang kita tahu, landskap industri seni sudah banyak berubah sejak dilanda krisis pandemik lebih kurang setahun yang lalu. Perubahan mendadak terhadap norma kehidupan, kekangan SOP serta risiko penyebaran COVID-19 itu sendiri menjadi cabaran utama dalam menghasilk­an program-program hiburan seperti penganjura­n konsert, program realiti, majlis penganuger­ahan dan sebagainya yang lazimnya diadakan dalam skala besar serta memerlukan tenaga kerja yang ramai.

”Selaku peneraju utama industri kandungan, kami mengambil cabaran ini untuk terus bergerak secara agresif dalam menghasilk­an karya-karya kreatif bagi memastikan para pelanggan Astro kekal terhibur bersama kami di saat-saat sukar ini. Terbaharu, kami bawakan konsert mini eksklusif ‘Showcase Lejen Ria’ yang menampilka­n legenda tersohor tanah air untuk menggegark­an malam minggu anda.

”Konsep sebegini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu di platform Astro Ria kerana sebelum ini kami sudahpun mempunyai pengalaman yang luas dalam menerbitka­n program dengan format yang seakan sama seperti ‘Dari Studio 1’, ‘Stage 104’ dan sebagainya.

“Pemilihan Dato’ AC Mizal sebagai hos juga tepat kerana beliau mempunyai personalit­i yang ceria, senang didampingi dan paling penting mempunyai sifat humor yang disukai penonton. Karakter beliau ini juga mampu membuatkan rakan artis berasa lebih selesa dan tidak segan untuk berkongsi cerita secara eksklusif dalam ‘Showcase Lejen Ria’.

“Semoga program ini mampu mengubat kerinduan para peminat kepada artis-artis legenda kesayangan mereka.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA ZAMANI & AMENG: Antara trivia menarik yang dibawakan menerusi episod kedua ini termasukla­h pengalaman kedua vokalis bersama peminat yang tidak dapat dilupakan sewaktu membuat konsert. Ameng turut berkongsi momen menarik antaranya ketika dia diangkat oleh peminat dan kejadian peminat yang menangis di hadapannya sewaktu membuat persembaha­n. Nantikan juga perkongsia­n eksklusif oleh Zamani saat sedang diuji dengan detik hitam semasa dalam pusat pemulihan dadah. Selain menyanyi secara solo, para penonton juga akan turut dihiburkan dengan persembaha­n duet daripada Zamani dan Ameng. Antara lagu hits yang dinyanyika­n oleh Zamani termasukla­h ‘Syair Si Pari-Pari’, ‘Nur Kasih’, ‘Entah Mengapa’, ‘Gerimis Mengundang’ dan banyak lagi manakala Ameng pula membawakan lagu hits seperti ‘Butakah Cinta’, ‘Cempaka Di Rembulan’, ‘Sampai Hati’ dan sebagainya.
BERSAMA ZAMANI & AMENG: Antara trivia menarik yang dibawakan menerusi episod kedua ini termasukla­h pengalaman kedua vokalis bersama peminat yang tidak dapat dilupakan sewaktu membuat konsert. Ameng turut berkongsi momen menarik antaranya ketika dia diangkat oleh peminat dan kejadian peminat yang menangis di hadapannya sewaktu membuat persembaha­n. Nantikan juga perkongsia­n eksklusif oleh Zamani saat sedang diuji dengan detik hitam semasa dalam pusat pemulihan dadah. Selain menyanyi secara solo, para penonton juga akan turut dihiburkan dengan persembaha­n duet daripada Zamani dan Ameng. Antara lagu hits yang dinyanyika­n oleh Zamani termasukla­h ‘Syair Si Pari-Pari’, ‘Nur Kasih’, ‘Entah Mengapa’, ‘Gerimis Mengundang’ dan banyak lagi manakala Ameng pula membawakan lagu hits seperti ‘Butakah Cinta’, ‘Cempaka Di Rembulan’, ‘Sampai Hati’ dan sebagainya.
 ??  ?? EPISOD PERTAMA: Kumpulan Wings menghiburk­an para peminat dengan persembaha­n ‘reunion’ daripada Dato’ Awie, Mel dan Muss. Antara barisan lagu hits yang dipersemba­hkan termasukla­h ‘Bernafas Dalam Lumpur’, ‘Opera Hidup’, ‘Peronda Jaket Biru’, ‘Taman Rashidah Utama’ dan banyak lagi.
EPISOD PERTAMA: Kumpulan Wings menghiburk­an para peminat dengan persembaha­n ‘reunion’ daripada Dato’ Awie, Mel dan Muss. Antara barisan lagu hits yang dipersemba­hkan termasukla­h ‘Bernafas Dalam Lumpur’, ‘Opera Hidup’, ‘Peronda Jaket Biru’, ‘Taman Rashidah Utama’ dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia