Utusan Borneo (Sarawak)

Terminal Penumpang Bako cekap, selamat

-

KUCHING: Terminal Penumpang Bako yang baru siap dinaik taraf bakal menyediaka­n perkhidmat­an cekap dan selamat kepada penumpang tempatan dan warga asing.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, terminal tersebut merupakan poin pergi dan balik dari Taman Negara Bako.

“Kerja menaik taraf ini juga memainkan peranan penting untuk mempromosi­kan pelanconga­n serta aktiviti berkaitan lain di kawasan ini.

“Malahan di pekarangan terminal juga disediakan banyak ruang tempat letak kereta selain tempat menunggu bas awam yang digunakan untuk ke bandar raya Kuching dari Terminal Penumpang Bako,” katanya menerusi kenyataan media selepas lawatan ke Terminal Penumpang Bako, semalam.

Lee berkata, dengan adanya perkhidmat­an bas hentihenti antara laluan berkenaan yang dikendalik­an Biaramas, para pengunjung dan penduduk kampung Bako khasnya akan dapat melakukan perjalanan yang lebih mudah dan selesa.

“Ini adalah projek yang dibiayai kerajaan negeri dengan kos RM2.68 juta dan disiapkan dalam tempoh 15 bulan.

“Skopkerjaa­dalahpenge­mbangan bangunan terminal, menaik taraf ponton dan tanjakan, pembinaan pagar dengan pondok pengawal dan penyediaan tempat letak kereta yang cukup serta ruang menunggu bas awam yang melalui kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Terminal Penumpang Bako itu akan diwartakan di bawah Peraturan Lalu Lintas Sungai Sarawak, 1993 serta Ordinan Sungai Sarawak, 1993 dan seterusnya diuruskan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

LSS katanya, akan menempatka­n pegawai penguat kuasa di terminal berkenaan untuk mengawasi 74 bot berlesen di laluan terbabit bagi memastikan perjalanan selamat kepada penumpang selain mengelakka­n muatan berlebihan dan tambang yang tinggi.

Terminal Penumpang Bako adalah kemudahan pengangkut­an sungai kepada penumpang dari Kampung Bako ke Taman Negara Bako.

Berdasarka­n rekod, jumlah pengunjung yang dicatatkan selama tiga tahun dari 2018 hingga 2020 ialah 137,886 orang.

Perjalanan menaiki bot dari Terminal Penumpang Bako ke Taman Negara Bako akan memakan masa sekitar 20 minit.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Lee (empat kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni (tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan di hadapan Terminal Penumpang Bako, semalam.
TERBAIK: Lee (empat kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni (tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan di hadapan Terminal Penumpang Bako, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia