Utusan Borneo (Sarawak)

CEROBOH, ALIH OBJEK GEOLOGI DARI TAMAN NEGARA, WARGA INDONESIA DIPENJARA

-

Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini petang kelmarin kerana menceroboh Taman Negara Dered Krian dan mengalihka­n objek yang mempunyai kepentinga­n geologi di kawasan tersebut.

Tertuduh Lukas Baidie, 36, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah terhadapny­a.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh gagal menunjukka­n pas kebenaran sah untuk masuk ke Taman Negara Dered Krian dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 26 (a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998.

Pertuduhan kedua pula menyaksika­n tertuduh didakwa mengalihka­n objek yang mempunyai kepentinga­n geologi tanpa kebenaran kontroler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi.

Justeru, dia didakwa di bawah Seksyen 26 (g) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998.

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukann­ya pada 3 April lalu, jam lebih kurang 6 pagi.

Mengikut keterangan kes, sebuah pasukan dari SFC sedang melakukan pemeriksaa­n rutin di sekitar taman negara tersebut sebelum menemui tertuduh.

Pasukan tersebut memeriksa tertuduh dan seterusnya mendapati dia memiliki tiga karung tanah.

Hasil siasatan mendapati tanah berkenaan dialih dari Gua Tabai yang terletak dalam kawasan Taman Negara Dered Krian, Bau, di sini, tanpa kebenaran kontroler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi.

Dalam pada itu, Hakim Marutin Pagan dalam menjatuhka­n hukum menetapkan tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapiny­a.

Mahkamah bagaimanap­un mengarahka­n hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan dikuatkuas­akan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 3 April lalu.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak Mohamad Fuad Ahmad.

 ??  ?? KE PENJARA: Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.
KE PENJARA: Tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia