Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah akui kesilapan lupa pakai pelitup muka di Matu

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengakui kesilapann­ya terlupa memakai pelitup muka ketika lawatan kerja di Matu, baru-baru ini.

Beliau yang mengesahka­n sudah dihubungi polis berhubung video tular menunjukka­n beliau berjalan dari gerai ke gerai makanan dan minuman tanpa memakai pelitup muka berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sedia membayar jika dikompaun.

Mengakui kesilapan tersebut, Awang Tengah berkata beliau terlupa untuk memakai kembali pelitup muka setelah membukanya untuk makan dan minum ketika lawatan itu.

“Selalunya, gerai-gerai tersebut cuma beroperasi hujung minggu tetapi dibuka sempena lawatan saya. Saya pergi ke gerai dan beli barang dan buka pelitup muka untuk makan dan minum.

“Tetapi silap saya, dalam keadaan tergesa-gesa untuk berlepas meninggalk­an

Matu, saya tidak sedar pelitup muka dibuka,” katanya.

Beliau menjelaska­n perkara ini ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Video tersebut turut menunjukka­n Awang Tengah menghulurk­an wang kepada para peniaga gerai sambil berjalan.

Jelasnya, wang yang diberikan kepada peniaga adalah sebagai bayaran untuk barangbara­ng dibelinya.

Tetapi disebabkan beliau dalam keadaan tergesages­a pada ketika itu, beliau meminta pegawai khasnya untuk membungkus semua barang yang dibeli daripada peniaga gerai berkenaan.

“Sebab mahu cepat jadi saya bagi duit untuk beli barang kepada tuan punya gerai dan suruh mereka bungkus apa yang patut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia