TASKA DIGALAK GUNA LEBIH DARIPADA SATU BAHASA PENGANTAR
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
untuk memberi diskaun kepada warga emas.
“Ini menggambarkan rakyat kita Sarawak amat baik dan jika lebih ramai berbuat demikian, maka ia memberi kesejahteraan kepada komuniti kita di Sarawak,” katanya.
KUCHING: Taska dan tadika digalak menggunakan lebih daripada satu bahasa pengantar untuk kanak-kanak sebagai menyokong sistem pendidikan formal selain menjaga hubungan solidariti di Sarawak.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini atas permintaan ramai dalam kalangan ibu bapa.
“Kita sangat menggalakkan taska dan tadika menggunakan lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk kanak-kanak ini memasuki persekolahan formal tahun satu.
“Seperti di Sri Aman terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahukan anak mereka diajar bahasa Iban, selain bahasa Malaysia dan Inggeris.
“Bagaimanapun, perkara ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya sekolah tersebut mempunyai guru yang terlatih untuk mengajar medium bahasa berkenaan mengikut sukatan kurikulum dalam sistem pendidikan,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Plak Perakuan Taska Berdaftar dan Pemberian Geran Tahunan Khas IPAKK kepada Jenny Chang Siaw Fung, Guru Besar Kindycare
“
Maka itu kita amat berharap lebih ramai penyedia atau peniaga gerai walaupun kecil tampil menjadi rakan strategik kami dalam usaha menyediakan manfaat diskaun kepada warga emas kita yang datang berkunjung
” ke gerai mereka.
Dato Sri Fatimah Abdullah
Child Care Centre di Casa Marbella, Jalan Setia Raja di sini, semalam.
Jelas Fatimah, anak Sarawak banyak terdedah kepada bahasa yang berlainan dan ada baiknya jika mereka mempelajari lebih daripada satu bahasa pengantar agar mereka mudah untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
Sementara itu, beliau gembira dengan Kindycare yang patuh kepada syarat yang telah ditetapkan oleh kementeriannya walaupun baru berpindah lokasi beroperasi sejak Oktober 2020.
Kindycare beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu bagi membantu golongan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan anak-anak mereka yang masih kecil di bawah enam tahun.
Taska berkenaan menggunakan bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa pengantar dan yang ke-15 diluluskan pendaftarannya bagi tahun ini.
Sehingga hari ini terdapat 116 taska di seluruh Sarawak yang telah berdaftar dengan kementeriaan.
Turut hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Noriah Ahmad dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak Salina Bujang.