Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek kes dadah diberkas

Suspek pertama turut cuba melarikan diri ketika serbuan polis

- Oleh Jeremy Lanson

Pemeriksaa­n lanjut ke atas suspek telah menjumpai lapan peket plastik lutsinar serta tiga plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarka­n seberat 14.66 gram keseluruha­nnya.

DSP Aswandy Anis

Ketua Polis Daerah Serian

SERIAN: Dua lelaki diberkas dalam dua serbuan berasingan di Kampung Tarat Mawang, di sini kerana disyaki terlibat kegiatan jenayah dadah kelmarin.

Ketua Polis Daerah DSP Aswandy Anis berkata serbuan dilakukan oleh anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) hasil daripada maklumat dan risikan yang diperolehi.

Menurutnya, terdahulu anggotanya menahan seorang lelaki yang dilihat cemas dan cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah dan seorang lelaki yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas suspek telah menjumpai lapan peket plastik lutsinar serta tiga plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarka­n seberat 14.66 gram keseluruha­nnya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Susulan itu, suspek kemudian ditahan dan dadah yang dianggarka­n bernilai RM1,500 dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek ditangkap kerana memiliki dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak lebih sembilan kali,” kata Aswandy.

Hasil tangkapan pertama, pasukan serbuan kemudian menangkap seorang lagi suspek lelaki juga disyaki terlibat sama kegiatan dadah.

Dedah Aswandy, keduadua suspek berusia 21 dan 35 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan selanjutny­a.

“Saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Atas kesalahan tersebut mereka juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 dan penjara tidak lebih dua

tahun,” katanya.

Aswandy selain itu menyeru masyarakat khususnya di Serian agar sentiasa menyalurka­n maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dan penagihan dadah kepada polis.

“Dalam masa sama juga, kita juga akan meneruskan operasi seperti ini dalam usaha kita mengekang kegiatan pengedaran dan juga penagihan dadah,” ujarnya.

 ??  ?? MUSUH NEGARA: Dadah yang dirampas daripada suspek.
MUSUH NEGARA: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia